Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts
Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts

Rita Rudaini 'Sindir' Keguguran Ayu Raudhah Sebagai Balasan Dari Tuhan



Sebenarnya bukan pertama kali tulisan Rita Rudaini di Twitter menjadi perhatian ramai dan kali ini nampaknya seakan lebih jelas kepada siapa ianya di’tujukan.

Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang dialami sekitar Oktober 2011 yang lalu.

Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat.

Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.

“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itulah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin.







Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya disambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon itu kini sudah mula meroyan.

Kredit Sumber: Rotikaya
{[['']]}

Rita Rudaini Bengang Kerana Di Malukan Dalam Twitter

Gambar Rita bersama suaminya Aidil Zafuan.


PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menuntut seorang pemilik Twitter @bob_azuan segera membuat permohonan maaf kepadanya kerana menghina, memfitnah serta memalukannya melalui laman Twitter akaun tersebut.
Rita berkata, tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruahnya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini.
“Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.
"Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini, Selasa.Rita diminta mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti @bob_azuan melemparkan kata-kata aib terhadapnya termasuklah menggelar Rita dengan perkataan “Ritaik”.

Rita Rudaini bersama dua anaknya.


Antara kata-kata individu yang dikenali sebagai bob_azuan terhadap Rita Rudaini. Bagaimanapun akaun tersebut telah dipadamkan pada pagi Selasa.Pemilik Twitter tersebut turut memberi komen untuk mendedahkan kisah Rita bagi tujuan memalukannya selain menggunakan gambar adik ipar pelakon tersebut iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai gambar profil Twitter berkenaan.





Rita berkata individu tersebut mendakwa bekerja sebagai jurugambar sebuah syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Rita yang mendakwa mengenali pemilik Twitter berkenaan memberitahu, individu itu telah memohon maaf kepadanya melalui seorang kawan dan telah menutup akaun Twitter tersebut selepas mendapat kritikan daripada peminat-peminat yang melahirkan perasaan marah dengan tindakan itu.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya,” katanya.

Zaquan Adha  bersama isteri tersayang Ayu Raudhah.


Sementara itu Zaquan Adha dalam Twitter miliknya tidak mengulas panjang mengenai perkara itu sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.
“Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang,” katanya menerusi entri pada pukul 12.36 tengah hari, Selasa.

Rita Rudaini dan Zaquan Adha juga pernah berperang dalam twitter sebelum ini.


Masalah rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga kembar kepada Zaquan Adha masih belum selesai apabila suaminya itu telah keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dia orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.
{[['']]}

Apakah Motif Rita Rudaini Dedahkan Kisah Silam Zaquan Adha



Rita Rudaini sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan di akhbar Metro Ahad semalam. Dalam kenyataannya, Rita mengheret Zaquan Adha dan gadis misteri bernama Melly yang pernah menggugurkan kandungan dipercayai hasil hubungan antara mereka berdua suatu ketika dulu.
Kami percaya, tindakan Rita yang sedang marah tambahan pula rumahtangganya bergolak yang katenye didalangi Zaquan dan isterinya, Ayu Raudhah telah membuatkannya tampil lagi  memberi kenyataan akhbar. Namun, tindakan itu dirasakan tidak elok kerana mengaibkan dua insan secara tidak langsung kerana menceritakan sejarah lama.

Pada pendapat kami, sikap Rita yang tidak melawat keluarga mentua yang dianggap kejam oleh iparnya adalah realiti di waktu ini, tetapi kenapa perlu di balas dengan mencerita keaiban kisah lama orang lainyang mana masing-masing sudah carry-on dengan kehidupan masing-masing.
Ape pun di sebelah Rita, kami hanya berharap dia banyak bersabar dengan dugaan yang diterima dan meruntuhkan rumahtangga orang lain atas sifat dendam adalah bukan satu penyelesaian. Betul ke orang kate, restu ibu bapa itu sangat penting untuk kebahagiaan rumahtangga? Wallahualam
Kredit tanpa prejudis untuk meow.my dan mediamalaya.com
{[['']]}

Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Selamat Diijabkabulkan

http://www.gosipsensasi.co.cc


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bergelar suami-isteri.
ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.




Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.
Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.
"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.
Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.
“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.
"Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.
Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.
Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger