Latest Post :
Home » , , , , » Dramatis Emma Akma Terguris Dengan Penghinaan Bekas Kekasihnya

Dramatis Emma Akma Terguris Dengan Penghinaan Bekas Kekasihnya

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc



KETIKA ini, hati dramatis Emma Akma terguris dengan perbuatan dan kata-kata penghinaan bekas kekasihnya, Mohd Raffi Hussin. Raffi adalah pelakon tambahan yang juga stuntman (pelakon lagak ngeri) yang tercedera apabila set penggambaran filem Barajiwa meletup secara tiba-tiba menyebabkannya melecur pada badan, tangan kiri dan muka, baru-baru ini.

Ketika Raffi terlantar sakit di hospital, Emma menjaga dan menguruskannya, malah dramatis itu jugalah memperjuangkan hak supaya Raffi mendapat pembelaan sewajarnya daripada produser dan SENIMAN. Bagaimanapun, nampaknya pengorbanan Emma hanya sia-sia. Bukan saja tidak dihargai, malah dirinya dihina dan dicaci selepas perangai tak elok bekas kekasihnya itu terbongkar. Lebih mengguriskan hati apabila Emma dapat menangkap Raffi bersama gadis lain di hospital ketika masih terlantar sakit. Siang, Emma bersusah payah menjaganya, malamnya pula terisi dengan kegembiraan bersama gadis lain.




Jika ikutkan, Emma tidak mahu memperbesarkan hal ini, tetapi melihat laman facebook Emma, ramai yang mahu Raja mengorek cerita daripadanya. Tidak dinafikan, Raja agak rapat dengan Emma, tetapi tidak mudah memujuknya membuka mulut. Apa yang diceritakan kepada Raja sekadar mahu mempertahankan diri yang dianiaya dan ditipu. Soal hati yang dilukai tidak lagi menjadi hal terbesar, tetapi apabila maruah dan harga diri dicarik-carik, Emma tidak mampu menahan sabar.

“Saya kesal dengan Raffi. Kami serius menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu. Saya sanggup bersengkang mata menjaganya di hospital, menguruskan segala keperluan, makan dan minum ketika sakit, tetapi apa yang saya dapat? Saya rasa diri bagaikan sampah apabila Raffi mula menjaja cerita dan menghina saya. Ia disebabkan saya meminta putus hubungan selepas dapat menangkapnya bersama gadis lain di hospital.

“Saya terguris dengan kata-kata penghinaan yang dilemparkan. Depan saya, Raffi cakap lain, belakang saya lain pula yang berlaku. Kerjanya asyik menipu dan memutar belit. Saya bersyukur Tuhan tunjuk perangai dan tingkah laku buruknya awal-awal lagi, kalau tidak sampai mati pun, saya kena tipu. Sebenarnya cerita Raffi kaki perempuan dah lama timbul, tetapi saya tidak mempercayainya, malah jururawat di hospital pun ada memberitahu Raffi membawa gadis lain pada waktu malam. Bagaimanapun, kuasa Tuhan, saya tengok sendiri depan mata dan merakam pengakuan mereka.

“Saya tidak mahu memperbesarkan hal ini, saya tutup mata, pekakkan telinga dan meninggalkan Raffi. Walaupun dirayu berkali-kali kerana tiada siapa yang mahu menjaganya di hospital, saya tidak mungkin kembali. Saya rasa diri dikhianati. Bagaimanapun, hal ini tidak berakhir walaupun saya hanya mendiamkan diri. Saya dihentam, dikutuk dan dihina, malah ada seorang gadis yang menggelarkan Ninie Manja sanggup mewujudkan satu blog untuk mengaibkan saya. Selidik punya selidik rupanya gadis itu antara gadis yang menjadi mangsanya. Patutlah dia begitu membenci saya.

“Apa yang membuatkan saya lebih kesal, Raffi memburukkan saya pada gadis-gadis yang memujanya. Salah seorang daripadanya kini menjadi kawan saya dan kami sering berkongsi cerita. Bagi saya, cukup-cukup Raffi, bukanlah saya nak mengungkit, tapi kalau tidak disebabkan saya yang memperkenalkannya dengan pengarah dan produser, ada ke orang nak ambil berlakon?
“Saya sedar Raffi mengambil kesempatan, berkawan dengan saya atas dasar mahu mencari ruang dalam dunia lakonan. Manakan tidak, apa saja acara dan majlis membabitkan hiburan, dia sentiasa bersama saya, malah sanggup menemani saya di lokasi penggambaran.

“Jangan fikir saya tidak tahu, dia mengutuk saya macam-macam. Katanya, saya dah tua, terhegeh-hegeh dengannya, suka mencari publisiti murahan dan macam-macam lagi. Tapi saya nak tanya, kenapa dulu nak berkawan dengan wanita tua berusia 42 tahun ini dan mengekor ke mana saja saya pergi?

“Saya cukup kecewa apabila Raffi menafikan hubungan kami. Dia mendakwa saya mencari publisiti murahan ketika menjaganya di hospital kerana ramai wartawan di situ, tapi saya nak tanya, ada sesiapa yang nak menjaga dan menguruskannya kalau bukan saya? Bercakaplah ikut akal, bukan kepala lutut!” kata Emma penuh emosi.

Yalah, kalau sesiapa pun berada di tempat Emma, hati dah tentu terbakar. Sabarlah Emma, kumbang bukan seekor. Tak payah difikirkan sangat, ada ke orang kenal Raffi tu?
Oleh: Raja Nurfatimah Mawar
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger