Latest Post :
Home » , , » Projek amal Hero Malaya untuk Bob KU2 telah berjaya

Projek amal Hero Malaya untuk Bob KU2 telah berjaya

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc


                          SKUAD Hero Malaya membuktikan barisan artis juga punya masa untuk membuat amal.



PADA awalnya, kamar sembang mendapat jolokan Hero Malaya yang diwujudkan sekitar Disember 2010 menerusi BlackBerry Messenger (BBM) oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi, 48, menjadi wadah golongan artis lelaki tanah air berbual dan berkongsi cerita antara satu sama lain.
Laman itu diisi dengan 20 pengikut antaranya ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, Nas T, Imran Ajmain, Kamal Adli, Zizan Raja Lawak, Maulana, Zahiril Adzim, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Zoey Rahman, Riz Ainuddin, Syafie Naswip dan Iqram Dinzly.
Bermula sebagai platform bersembang kosong, Aznil akhirnya menjana idea bagi menjadikan Hero Malaya sebagai kumpulan selebriti yang aktif menjalankan aktiviti kebajikan.
Semua bermula apabila Bob meletakkan status di laman Twitter miliknya dengan menulis dia menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan bantuan wang berjumlah RM60,000 bagi menampung kos hospital. Rentetan itu, Aznil dan ahli Hero Malaya mengadakan pertemuan untuk membincangkan hal itu.
Dan tanggal 28 Januari lalu mencatat momen paling indah Hero Malaya apabila buat kali pertama menyelenggara kerja amal dengan kerjasama Carrefour (Wangsa Maju). Ia bertujuan membantu salah seorang ahlinya, Bob Kuman bagi menampung kos hospital demi mengubati penyakit obesitinya.
“Sebaik saja menubuhkan Hero Malaya, selang beberapa hari kemudian saya cuba menghubungi Pengarah Pemasaran & Komunikasi Carrefour Malaysia dan Singapura, Low Ngai Yuen bagi menerangkan hasrat sebenar kami untuk mengadakan kerja amal dengan mendapatkan khidmat bantuan Carrefour.

ALTIMET (kanan) antara Hero Malaya yang turun padang untuk kerja amal.



“Tidak mencuri waktu panjang, hanya dua jam diperlukan oleh Yuen memberi kata persetujuan untuk pihaknya terlibat sama pada program kebajikan ini. Carrefour bermurah hati memperuntukkan wang tunai sebanyak RM60,000 bagi membantu kami mengumpulkan dana bagi disumbang kepada Bob.
“Lantaran itu, saya dan ahli Hero Malaya terus bersetuju untuk melakukan tugas amal dengan menjual kek, roti dan limau sambil bertugas di bahagian kaunter Carrefour bermula pukul 3 petang hingga 8 malam. Ia menjadi pengalaman cukup menyeronokkan buat kami,” jelas Aznil sambil tersenyum puas sewaktu ditemui usai melakukan kerja amalnya itu.
Menyentuh tentang kejayaan sulung Hero Malaya menjalankan kerja sosial, beritahu Aznil, buat masa ini, pihaknya belum bercadang untuk menambah bilangan ahli tambahan pula kamar sembang itu hanya mampu memuatkan tidak lebih daripada 30 ahli pada satu-satu masa sebagai sebuah kumpulan.
“Hero Malaya sebagai kamar sembang sekadar ada kapasiti sebanyak 30 ahli. Insya-Allah, kami amat alu-alukan penyertaan anggota baru selepas ini. Namun kini, biar kami bekerjasama dengan ahli sedia ada tambahan pula telah serasi bersama dengan 20 individu ini sejak beberapa bulan lalu.
“Yang pasti, Fazley banyak membantu saya dalam hal ini bersama ahli lain. Saya anggap Hero Malaya sebagai permulaan awal buat kami bagi meluaskan kegiatan kebajikan selepas ini sambil sentiasa mengangkat moto - Yang Susah Kami Tolong, Yang Senang Jangan Sombong, singkap Aznil lagi.
Bob terharu
Bob yang hadir berkerusi roda dilihat amat terharu dengan bantuan rakan-rakan Hero Malaya sehingga sanggup melakukan kerja amal di Carrefour atas nama dana disalur sebanyak RM60,000. Tidak hanya itu, dia juga menerima wang saku hasil derma kilat dikumpul oleh pengunjung pasar raya.

MARI beli sambil beramal. Barangkali itu yang bermain di benak barisan selebriti ini.



Dalam nada separa sebak sambil tersenyum gembira, Bob mengaku tidak mampu meluah dengan kata atas bantuan Hero Malaya dan masyarakat yang ingin melihat dia kembali pulih seperti sedia kala. Itu semangat positif ditunjukkan oleh golongan artis terhadap insan yang memerlukan bantuan.
“Sebetulnya, saya tidak bermaksud untuk menulis status di Twitter ini bagi meraih simpati daripada orang lain. Saya sekadar meluah apa yang terbuku di hati kerana membayangkan bagaimana pula jika perkara sama berlaku kepada artis atau orang lain sekiranya mereka tidak ada wang mencukupi.
“Saya bersyukur kerana masih boleh bekerja dan mencari wang sebanyak RM60,000 bagi menampung kos rawatan di hospital selepas menderita penyakit ini beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, Aznil dan teman-teman Hero Malaya pula memberi kejutan kepada saya dengan melakukan kegiatan amal di Carrefour.
“Terus-terang, saya tidak menyangka langsung kawan-kawan Hero Malaya sanggup berkorban sehingga ke tahap ini semata-mata ingin membantu selepas membaca Twitter saya. Sekali ingin diberitahu, saya terharu dengan bantuan serta sokongan ditunjukkan oleh mereka,” ungkap Bob dalam nada perlahan.
 Oleh FAIZAL SAHARUNI
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger