Latest Post :
Home » , , , , » Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi Kena Rompak

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi Kena Rompak

{[['']]}

PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort dimasukki perompak awal pagi tadi.


KUALA LUMPUR: Rumah banglo milik penyanyi terkenal, Mawi, telah dipecah masuk oleh beberapa orang perompak bertopeng pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan keluarganya mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Dalam kejadian tersebut, Mawi yang baru pulang dari Johor Bharu bagi membantu promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan seisi keluarganya sedang tidur sebelum diikat perompak yang masuk dari pintu dapur rumahnya.Beliau hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.



Kediaman Mawi di Bangi Golf Resort yang telah dimasuki perompak. 



Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk. 


Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menurut cerita adik iparnya, Nora’Ain Rahmat atau Eein, perompak itu pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek mereka, Salmah Sahar, 77, yang berada dirumah tersebut sebelum mengikat Mawi, kakak kembarnya, Nora’Asikin Rahmat dan ibunya, Fatimah Saad, 56.

Bagaimanapun, pembantu rumah Mawi dan anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu tidak diikat perompak yang bertopeng tersebut.

Kemudian, perompak yang bersenjatakan pedang samurai telah meminta mereka menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan barang-barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” kata Eein lagi.

Eein berkata, kumpulan perompak itu telah berjaya membawa lari dompet Mawi dan Fatimah, telefon bimbit dan beberapa barangan berharga lain termasuk telefon bimbit milik keluarga malang itu, manakala semua mangsa terselamat dari diapa-apakan penjenayah tersebut.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger