Latest Post :
Home » , , , » Fasha Sandha Dan Jejai Selamat Diijabkabulkan

Fasha Sandha Dan Jejai Selamat Diijabkabulkan

{[['']]}

Fasha Sandha sah menjadi isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

DENGAN dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.

Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen .

Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.

"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.


Majlis nikah Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli

Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.


KRONOLOGI CINTA FASHA-JEJAI
- Fasha Sandha dikatakan penyebab penceraian aktres Nora Danish dan Jejai pada Julai 2008.
- Khabar angin Fasha dan Jejai bercinta dikuatkan lagi dengan kedatangan Jejai ke lokasi penggambaran drama lakonan Fasha menaiki helikopter.
- Biarpun sering menerima kejutan dan hadiah daripada Jejai, Fasha menyatakan mereka hanya berkawan.
- Setelah sering berdolak dalik mengenai hubungan mereka, akhirnya pada 18 Mei 2010 Fasha dan Jejai mengakui bercinta.
- Fasha beperang dengan Tiz Zaqyah di Twitter pada Jun 2010 gara-gara pelakon Nur Kasih itu dikatakan cuba menggoda Jejai.
- Pada Januari 2011, Fasha dikatakan membawa diri ke Bali, Indonesia setelah terkilan dengan tindakan Jejai yang bercuti ke Jepun bersama Nora dan anak mereka.
- Bulan yang sama, Jejai sendiri membuat kenyataan rasmi bahawa dia dan Fasha sudah berpisah, namun tiada kaitan dengan Nora.
- Nora pula memberi kenyataan bahawa Fasha dan Jejai sebenarnya sudah berpisah sejak Oktober 2010.
- Sekitar Mac dan Jun 2011, gosip Fasha dan Jejai sudah berbaik kembali tersebar tetapi Fasha dikatakan belum bersedia menerima Jejai walaupun dipujuk dengan hadiah mewah.
- Kelibat Jejai kelihatan di majlis rumah terbuka Fasha tetapi Fasha menyatakan kehadiran Jejai hanya sebagai teman biasa.
- Penghujung tahun 2011, Fasha akhirnya mengakui kembali bercinta dengan Jejai dan berharap hubungan mereka ke jenjang pelamin.
- Gambar Fasha dan Jejai menghadiri kursus kahwin pada awal Mac 2012 tersebar di internet, namun Fasha masih berahsia tarikh dan lokasi nikahnya.
- Awal April 2012, gambar kad kahwin mereka disebarkan di internet sekali gus mengesahkan tarikh nikah pasangan ini pada 27 April 2012.
- Fasha dan Jejai selamat dinikahkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 April 2012.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger