{[['']]}
Shah Rukh Khan menamatkan penggunaan akaun laman sosial Twitter selepas serik dengan manipulasi di laman maya.
Raja Bollywood itu mendakwa komen-komennya sering disalah anggap oleh sesetengah pihak.
Menurut Digital Spy, Shah Rukh mula berasa tidak selesa dengan media baharu itu setelah ia banyak menimbulkan masalah yang lebih kompleks.
"Saya sendiri yang berperanan penting dalam mencipta isu dan masalah. Kerana fakta itu juga saya mahu menjadi lebih 'pendiam' di Twitter," kata pelakon filem Don 2 itu.
Menurut Shah Rukh yang hadir dalam acara Brits Bollywood pada minggu lalu, dia tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menyakitkan hatinya kerana sering disalah erti oleh pihak media.
"Kamu menulis sesuatu yang lama-lama mungkin menjadi berita walaupun perkara jauh daripada maksud asal saya, ia tetap menjadi isu," katanya yang menyalahkan media.
Post a Comment