Latest Post :
Home » , , , , , , » Aaron Aziz Dan Jasmin Hamid Beraksi Dengan Penuh Ghairah

Aaron Aziz Dan Jasmin Hamid Beraksi Dengan Penuh Ghairah

{[['']]}
                      Aksi mendebarkan Aaron Aziz dan Jasmin Hamid.



Aura Erra Fazira Dan Aaron Aziz Tarikan Teater "Badai Semalam"

'CINTA, cita-cita dan pengorbanan', tema yang sudah cukup menerangkan isi cerita di dalamnya. Terkendong secubit kisah dalam layar kehidupan berlatarkan zaman sepuluh tahun selepas Merdeka menerusi teater Badai Semalam yang kini sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Mazni, watak utama yang merentasi setiap plot bermula daripada bangku sekolah tingkatan enam atas mendepani cita-cita bergelar doktor.
Di kala berdepan dengan tiga haluan berbeza, pengorbanan dipilihnya menolak cinta ke tepi dan cita-cita ke belakang. Itu beban emosi yang ditanggung penggalas watak Mazni, tidak lain dan tidak bukan Erra Fazira.
Walau baru kali kedua berlakon di pentas teater selepas Muzikal Tun Mahathir, Erra dilihat semakin mantap mempersembahkan bakat lakonan di pentas teater yang disaksikan penonton secara langsung itu.
Kata Erra, lakonannya kali ini antara yang paling sukar pernah dilaluinya sepanjang bergelar pelakon. Untuk membawa penonton masuk ke dalam jiwa Mazni juga Erra perlukan pengorbanan.
"Watak Mazni memang tiada tolok bandingnya, lain daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini. Saya terkejut apabila pertama kali membaca skripnya, memang rasa tertekan dan saya marahkan Umie (Datin Paduka Umie Aida) sebab melibatkan saya dalam tekanan ini," singkap Erra ketika ditemui selepas pementasan Badai Semalam di Istana Budaya baru-baru ini.
Tertekan yang dimaksudkan Erra diterjemah dalam edisi positif. Tertekan bagi Erra dek kerana hampir setiap babak memerlukannya beraksi, tertekan untuk mengheret emosi setara sepanjang pementasan yang bukan hanya sekali sehari tapi dua persembahan sehari (pukul 3 petang dan 8.30 malam) sehingga 20 November ini.

                          Aura Erra Fazira sebagai Mazni nyata terserlah.



SUKSES diangkat daripada naskhah novel untuk hebat bernyawa di pentas teater.

"Tiada pilihan, ini tanggungjawab dan kerja saya dan sekarang rasa sangat penat, ini pertama kali saya perlu buat persembahan dua kali sehari.
"Tenaga perlu sentiasa dikekalkan dan saya cuba tarik perasaan, kekalkan kesedihan dan bagi flow yang sama sepanjang pementasan. insya-Allah akan kekalkan sehingga hari terakhir," katanya yang meminjam perasaan jerih perih kehidupan ibu dan anak tunggal demi penghayatan watak Mazni.
Teater Badai Semalam adalah usahasama syarikat Frensis Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bersama Umie Aida, Erra Fazira dan Ziela Jalil serta turut mendapat kerjasama Istana Budaya.
Roh Mazni
Kisah Mazni kata Erra ada kena mengena dengan dirinya sendiri dalam kehidupan sebenar.
"Saya seorang pejuang macam Mazni, sedikit sebanyak ada Erra Fazira dalam diri Mazni dan banyak yang dapat saya pelajari daripada karakter itu," singkap juri program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang berehat selama dua minggu demi Badai Semalam.
Badai Semalam juga menuntut pengorbanan daripada Erra. Sakit dipukul, diterajang, dihentak dan sebagainya lagi ditelannya mentah-mentah.
"Itu pengorbanan saya demi teater ini, memang kalau diamati betul-betul badan saya lebam sana sini tapi aksi ini kena dibuat.
"Saya pun sudah berpesan kepada Aaron (yang memegang watak Karim) dan Ziela (Bibah, ibu Mazni) supaya pukul saya betul-betul, takut nanti tidak ada feel," cerita Erra.
Teater ini juga antara lain memerlukan pelakon-pelakonnya menyanyi dalam 10 buah lagu yang digubah demi menyelit plot daripada hambar atau mendatar.
Namun kata Erra, lakonan sudah cukup membuatkan setiap pelakon penat dan bimbang momentum vokal tidak seimbang jika diminta menyanyikan secara langsung.


AKSI bersahaja Aaron dan Jasmin berjaya menghidupkan pementasan teater Badai Semalam.

"Oleh itu, kita mengambil pendekatan selamat untuk menyelesakan kedudukan pelakon dan penonton dengan menggunakan miming hanya untuk babak nyanyian," tambahnya.
Puas
Memberi yang terbaik sudah pasti tertulis dalam diari setiap individu yang bergelar pelakon apatah lagi figura di pentas. Namun, penilaian baik buruk atau penerimaan mesej terpulang kepada penonton yang menyaksikan sendiri.
"Saya sudah cuba yang terbaik, mesej sampai atau tak kena tanya penonton sendiri. Di situ kita akan banyak belajar lagi.
"Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang, 100 orang mesti ada 100 imaginasi. saya sudah lakukan yang terbaik siapa yang faham tentunya akan terhibur.
Begitu pun, harapannya agar penonton mengerti dan terhibur dengan keseluruhan pementasan Badai Semalam yang difikirnya adalah sebuah naskah berat.
"Orang yang faham intipati novel ini memang akan tahu ia sebuah naskhah yang berat. Bagi yang mengerti maka itulah hiburan dalam teater ini.
Meringkaskan bicara ulas Erra: "Penat dan puas berlakon teater berbeza daripada televisyen atau filem. Kepuasan ini adalah lebih daripada segala-galanya."








Kredit: Sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger