Latest Post :
Home » , , , , , » Justin Bieber dituduh Hamilkan Mariah Yeater...

Justin Bieber dituduh Hamilkan Mariah Yeater...

{[['']]}

Gambar Mariah Yeater, 20, dengan bayinya Tristyn Anthony Markhouse Yeater, yang dilahirkan pada 6 Julai lalu.

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.
Dalam satu kenyataan undang-undang secara mengangkat sumpah, Yeater telah memberitahu mahkamah California yang Bieber melakukan hubungan intim dengannya  pada 25 Oktober tahun lalu, selepas menyaksikan konsert di Staples Center,LA.

                                   Selena Gomez 

Sijil kelahiran Tristyn Yeater dilihat tanpa butiran nama bapa.
Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.
Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.
"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.
"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.
  
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger