Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Adira. Show all posts
Showing posts with label Adira. Show all posts

Adira Tidak Mencari Cinta


Adira 

DIA bukan bergelar juara Akademi Fantasia (AF) seperti rakan seperjuangannya seperti Hafiz, Stacy mahupun Hazama. Namun, pelantun lagu Ombak Rindu kelahiran Kundasang, Sabah ini juga memiliki kelasnya tersendiri. Bukan saja bersandarkan paras rupa jelita dengan kulit putih melepak, naib juara AF musim kelapan ini juga memiliki pakej lengkap untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni tanah air.

Tahun ini saja, nama Adira tercalon dalam dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) menerusi lagu duetnya bersama Hafiz (Ombak Rindu) dan pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 melalui kategori Penyanyi Wanita Popular.





MARA KE FINAL...Adira dan Hafiz akan beri persembahan terbaik menerusi Ombak Rindu dalam AJL27.


Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 22, mengakui bersyukur dengan apa yang dikecapinya hari ini.

“Sepanjang lebih tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni, sudah bermacam ujian, gosip mahupun kontroversi sudah dilalui untuk berada pada tahap ini.

Namun, saya terus cekal mengharungi semua keperitan itu demi minat yang cukup mendalam dalam bidang nyanyian. Ia impian dalam hidup saya, sejak dulu.

“Kini, fokus saya untuk mengukuhkan lagi nama dan karier seni. Saya perlu bekerja dua kali ganda daripada orang lain kerana perlu bersaing dengan kemunculan ramai artis baru ketika ini,” katanya.

Berkongsi persiapannya pada AJL27 yang hanya tinggal lagi tiga minggu, kata Adira, debaran semakin dirasainya ketika ini.

“Apabila berdebar, saya akan kerap ke tandas untuk menghilangkan perasaan gemuruh itu. Debaran sudah dirasai sekarang itu belum lagi berada di pentas nanti.

“Dari segi persiapan pula, paling penting adalah aspek vokal dan tahap kesihatan dengan mendapat rehat yang cukup sekali gus memberikan yang terbaik pada persembahan nanti.

“Selain itu, saya dan Hafiz juga perlu mencari masa sesuai untuk berlatih kerana agenda masing-masing padat. Kami juga ada gimik dalam persembahan nanti tapi saya tidak boleh beritahu sekarang,” katanya.

Ditanya kekuatan lagu ciptaan Zaidi itu, Adira sendiri mengakui tarikan yang ada pada lagu berkenaan.

“Lagu ini sendiri meninggalkan kesan mendalam pada diri saya selaku penyanyi.
Lagu ini memang ‘berhantu’. Setiap kali memenuhi undangan persembahan termasuk meraikan majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil baru-baru ini, lagu Ombak Rindu juga yang diminta peminat. Saya pun tak mampu untuk menolak.

“Justeru, saya sangat gembira apabila lagu Ombak Rindu berjaya mara ke peringkat akhir AJL27. Lagu dan lirik Ombak Rindu memang kuat kerana jika tidak pasti lagu ini tidak akan menonjol seperti sekarang.

“Sebagai penyanyi kami janjikan yang terbaik atau ‘all out’ kerana ingin melihat semua orang gembira nanti,” katanya.

Kalah atau menang, adalah adat dalam mana-mana pertandingan pun. Justeru kata Adira, dia hanya menyerahkan perkara itu pada soal rezeki. Saya tak nak letak harapan terlalu tinggi pada lagu Ombak Rindu kerana kalau kalah, saya juga yang akan kecewa nanti.

“Sebagai penyanyi, tanggungjawab saya buat ‘all out’ dan jika tewas pun kita tak berasa terkilan. Pada masa sama, semua 12 finalis yang bertanding pada AJL27 memiliki kekuatan tersendiri dan ada peluang untuk menang. Saya pun suka semua lagu yang bertanding kali ini kerana semuanya bagus,” katanya.

Adira pernah dua kali mara ke AJL menerusi single pertamanya, Ku Ada Kamu pada 2011. Begitu juga pencalonan dalam ABPBH 2012, kata Adira, dia juga hanya menyerahkan keputusan pada soal rezeki.

“Tercalon dalam ABPBH pada tahun ini membuktikan peminat masih menyokong karier seni saya. Itu sudah cukup. Kalah atau menang ketentuan Tuhan.

“Kalau menang, ia adalah bonus untuk menyuntik semangat artis terus memberikan yang terbaik selepas ini.” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Adira, album penuhnya juga masih dalam proses pembikinan lagi dan dijangka siap pada tahun depan.






Adira tidak mencari cinta
 


WANITA secantiknya pasti tidak terlepas daripada dikaitkan dengan mana-mana artis lelaki terutama yang digandingkan dengannya dalam lagu atau drama. Selepas Hafiz, kisah cintanya dengan AG (Coco) juga dikatakan menemui noktahnya, baru-baru ini.

Menyusul selepas itu, Adira dikaitkan pula dengan pasangannya dalam drama Tiara iaitu pelakon Aliff Aziz sedangkan mereka sekadar ‘bercinta’ dalam drama untuk Astro Prima itu saja.

Adira dan Aliff juga rapat kerana mereka juga berduet menerusi lagu Keabadian Cinta yang juga lagu tema drama Tiara ciptaan Manusia Putih. Hakikatnya, sampai saat ini, Adira masih belum ada teman istimewa lagi.

Ditanya kenapa dia masih solo tanpa pengganti, kata Adira, sampai sekarang dia belum bertemu lelaki yang sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya.

“Bukan mudah untuk mencari lelaki yang baik untuk dijadikan teman istimewa atau calon suami. Bagi saya cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ia datang dengan sendirinya.

“Saya juga tidak pandang dari segi paras rupa kerana yang penting dia calon yang tepat untuk menjadi teman hidup kita,” katanya.

Bagaimanapun, kata Adira, dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta semula dengan Hafiz selepas ini.

“Namun buat masa ini, kami lebih selesa berkawan rapat saja dan fokus pada karier seni masing-masing,” katanya.


Oleh Ramlah Zainal
{[['']]}

Adira Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri


Adira tidak mahu dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan pasangan Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

Adira, 22, menegaskan dia tidak terlibat dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.

"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Ahad.

Adira menjawab tuduhan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedangditayangkan menerusi saluran Astro Prima.

Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar.

Malah kata Adira, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.


Aliff Aziz dan Adira dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama berlakon dalam drama Tiara.

"Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki," jelasnya.

Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan “single” duet terbarunya bersama Aliff berjudul “Keajaiban Cinta” tidak akan menjadi kontroversi selepas ini.

"Ia hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang kami sama-sama berlakon. Hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu," katanya.

Sementara itu, Adira berkata, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya.

Malah dia hanya berlakon untuk mengisi masa lapang selain menambah ilmu terutamanya dari segi pembinaan watak bagi sesuatu karektor.

"Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya," ujarnya.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
{[['']]}

Zack Saman Hafiz AF RM200,000

Nur Haniza Binti Mohd Azhar @ Zack


KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Hafiz dan Adira

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. – BERNAMA
{[['']]}

Hafiz 'Awan Nano' Belum Temui Pengganti Adira

Saat-saat manis Hafiz dan Adira.


PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.
Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.
"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.
"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.


Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya. Foto Ohbulan.com

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.
"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.
"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.
Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.
Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.
"Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.
"Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza," tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini.
{[['']]}

Kontroversi Gambar Peluk Anjing,Adira Memohon Maaf ..

Gambar kontroversi Adira memeluk seekor anjing yang tersebar di internet.


PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..
Adira mengakui kesilapannya menyimpan gambar dia memeluk anjing yang boleh mengundang kontroversi.

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.
Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Istana Cinta Hafiz Dan Adira Akhirnya Berkecai



PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, akhirnya membuka mulut menjelaskan hubungan cintanya dengan Adira (AF8) sudah berakhir.
Hafiz berkata, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turu mengganggu kerjaya masing-masing.
"Walaupun tidak lagi berhubungan, kami masih lagi berkawan. Keputusan ini dibuat kerana kami ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun kami bina.
"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga.
"Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu," katanya.





Hafiz ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley Music, di sini, Khamis.
Tambah Hafiz, dia berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan penyanyi jelita itu pada masa akan datang.
Pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.
Sementara itu, Hafiz yang bakal muncul dengan lagu terbaru tidak lama lagi kini sedang sibuk dengan persiapan AJL26. Dia akan membawakan lagu Awan Nano yang akan berlangsung pada 29 Januari ini.
Katanya, persaingan sengit barisan penyanyi yang akan bertanding pada malam anugerah tersebut seperti Yuna, faizal Tahir, Tiga Suara, Projek Pistol dan Aizat ternyata mendebarkan dirinya.
"Setakat ini, saya masih lagi sibuk mengubah sedikit susunan muzik Awan Nano agar ia kedengaran berbeza dengan lagu yang ada pada album.
“Semoga saya dapat memberikan persembahan yang terbaik kepada semua nanti," ujarnya yang pernah memenangi vokal terbaik dalam AJL25 pada tahun lalu menerusi lagu Noktah Cinta.
{[['']]}

Hafiz AF7 Tumbuk Pengkid Kerana Adira

http://www.gosipsensasi.co.cc

Cerita panas minggu ini, Hafiz AF7 diperkatakan telah menolak jatuh seorang floor manager sebuah program talk show di tangga sehingga terkehel kaki disebabkan Adira. Apa yang kami dengar, floor manager, berjantina wanita itu telah menganggu Adira dan menyebabkan Hafiz hilang sabar. Insiden ini menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Difahamkan, program realiti 26 episod itu adalah terbitan Global Station Sdn Bhd yang sedang menjalani rakaman musim pertamanya di sebuah studio di Filem Negara Malaysia (FNM), Petaling Jaya. Rakaman membabitkan Hafiz pada petang itu adalah untuk episod terakhir musim pertamanya. Hafiz dijemput mendendangkan lagu popularnya, Noktah Cinta.

Justeru, timbul konflik antara Hafiz dan FM itu apabila perasaan cemburu dikatakan meluap-luap. Antara dialog Hafiz kepada FM itu: Jangan buat macam-macam dengan Adira. Yang past tu... pastlah. Lalu FM itu menyambutnya dengan dialog ini: Eh bangsat! Jangan kacau, aku tengah kerja!” Berasakan dirinya dimalukan di khalayak ramai, Hafiz dikatakan menolak FM itu dengan kedua-dua tangannya tanpa mempedulikan statusnya sebagai selebriti popular! Ramai saksi melihat insiden berkenaan dan tak hairanlah kisah sensasi itu begitu cepat tersebar di dalam Twitter.


FM tadi dikatakan gagal mengimbangi badannya lalu mengundur ke belakang, seterusnya dia terjatuh beberapa anak tangga hingga mendatangkan kecederaan di kakinya. Selepas kejadian itu, FM berkenaan tidak mampu meneruskan kerjanya, lalu pihak produksi terpaksa mencari petugas baru apabila FM tadi mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. Difahamkan FM itu turut membuat laporan polis atas kejadian menimpanya. Selepas kejadian memalukan itu, Hafiz tetap meneruskan rakaman, nak tunjuk dia sebenarnya artis profesional walaupun kru produksi bengang habis dengan kelakuan kebudak-budakan itu, bergaduh disebabkan seorang perempuan!

Imbas kembali, B*Pop pernah melaporkan bahawa Adira mempunyai hubungan sejenis dengan seorang tomboi, yang dikenali sebagai Zack, juga bekerja sebagai floor manager. Walau bagaimanapun, Adira menafikan dakwaan hubungan songsang tersebut. Kami tidak menuduh, cuma mengaitkan insiden tolak menolak ini dengan gosip pengkid yang pernah melanda Adira sebelum ini.

Sayangnya, Hafiz AF7 gagal mempertahankan rekod bersihnya kerana insiden ini.Hafiz mesti sentiasa bersikap profesional dengan tidak mencampuradukkan  masalah peribadi dan karier seninya.Sebagai seorang artis yang dikenali, banyak mata yang memandang,jagalah tingkah laku dan reputasi anda sebagai artis.








{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger