Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Gambar Suami Artis. Show all posts
Showing posts with label Gambar Suami Artis. Show all posts

Suami Noniswara Dirampas Rakan Artis

Saat indah selepas majlis pernikahan Noniswara dan Rosman.



MENGHARAPKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon, Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.


"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.

"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.

"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.



 Noniswara

Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

Kena 'buatan orang'?

Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah.

Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.

"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.

"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.

Pernah dilamar kerabat

Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

OLEH AKMALIAH RAZAK
{[['']]}

Datuk K Terima Pangkat Kolonel Kehormat Tentera

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sedang menerima Pangkat Kolonel Kehormat daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tahniah di ucapkan kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd yang juga suami kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang telah dianugerahkan dengan pangkat Kolonel Terhormat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan sebuah portal berita, anugerah itu telah disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
{[['']]}

Datuk Siti Nurhaliza Tetap Setia di sisi Suami

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami,Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

SIAPA sangka, gadis kampung yang dahulunya hanya membantu ibu menjual kuih kini sudah bergelar penyanyi tersohor tanah air.

Pejam celik, usia pembabitan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Siti dalam industri hiburan negara sudah pun mencecah angka 17 tahun.

Sama seperti usianya ketika mula bertapak dalam industri, anjakan paradigma yang dilalui artis kesayangan negara ini masih kekal di ingatan peminat-peminatnya.


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Bermula dari usia remaja sehinggalah kini bergelar isteri orang, kehidupan peribadi Siti masih lagi diintai dan menjadi perhatian umum.

Sepanjang tempoh tersebut juga, pelbagai peristiwa pahit manis telah dilalui oleh isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K ini.

Mengakui hakikat hidup sebagai selebriti, Siti tidak pernah menyesal kerana terlibat dalam industri ini biarpun ada ketikanya diri sedikit goyah dengan kontroversi-kontroversi yang sering menghimpit jiwa.

Mengakui sudah lali dengan kontroversi yang melanda, Siti bagaimanapun terkilan apabila suami tersayangnya turut terjerumus dengan gosip yang sengaja dicipta.

Ketika awal usia perkahwinannya, Datuk K pernah digosipkan dengan seorang selebriti popular. Pun begitu, Siti masih teguh berdiri di sisi suaminya malah kepercayaannya pada sang suami tidak sedikit pun goyah.

Benarlah kata orang, usia perkahwinan yang masih muda ini memang begitu banyak dugaannya. Sedang enak menyulam cinta bersama suami, Siti sekali lagi dikejutkan dengan gosip terbaru yang melibatkan suaminya.


OLEH: NURUL NAZRAH NAZARUDIN
{[['']]}

Gambar Suami Penyanyi Jazz Popular Noryn Aziz



KUALA LUMPUR: Inilah antara aksi bahagia penyanyi jazz popular Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah iaitu seorang arkitek terkenal yang juga merupakan seorang kerabat diraja negeri Terengganu.Gambar-gambar ini dirakamkan  ketika pasangan bahagia ini menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square, di sini baru-baru ini.

Raja Bahrin Shah dan Noryn Aziz yang sempat didekati oleh Detektif Stailista telah berbesar hati memberi keizinan bagi menayangkan gambar mereka berdua sepanjang majlis berkenaan, malah tidak menganggap ianya sebagai masalah.

Pada majlis itu, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki, disamping penyampai berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim dan Pengurus Pelaburan, Erwin Azizi.







Sementara itu Noryn Aziz yang cukup jelita dengan persalinan daripada Farah Khan telah memeriahkan acara berkenaan dengan paduan beberapa lagu sebagai mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak mendengar nyanyiannya.

Mereka tampak gembira dan cukup terbuka dengan kemunculan bersama di majlis berkenaan bermula dari acara permaidani merah sehinggalah tamat acara yang telah dihadiri ramai selebriti , pengamal fesyen dan tidak ketinggalan pembaca setia dua majalah berkenaan.

Malah Noryn Aziz dalam nada gembira berkata, bahawa dia akan mengadakan konsert solonya di lokasi fesyen berkenaan pada Februari ini dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bagi daripada peminat serta rakan media.
{[['']]}

Gambar Suami Dan Anak Penyanyi Camelia




 
Masih ingatkah anda dengan penyanyi jelita kelahiran Sarawak, Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau Camelia? Lama sungguh tak dengar cerita dia sejak dikhabarkan bernikah dengan seorang usahawan berjaya.
Rupa-rupanya beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Akhbar Khan yang merupakan seorang pemilik pusat membeli belah Maju Junction Mall.Perkahwinan rahsia Camelia dengan ahli perniagaan itu dikatakan berlangsung diluar negara tanpa sebarang liputan media..

Baru-baru ini pasangan Camelia dan suaminya itu telah mengadakan majlis cukur jambul di kediaman mewah mereka
Lalu dijemputnyalah sekumpulan pemain gamelan…nak dijadikan cerita, salah seorang daripada pemain gamelan itu juga adalah seorang blogger (http://yanayassin.blogspot.com).
Si blogger pun berkongsilah pengalamannya termasuk memasukkan gambar kenangannya bersama pasangan suami isteri itu dalam entrinya.
Hah apalagi…bila entri itu ditemui oleh portal hiburan dan forum, semua pakat ‘pick-up’lah cerita tersebut.


Ini antara tulisan blogger berkenaan sewaktu di rumah Camelia;
” Suami Camelia balik,… Kitaorg dah nak balik baru tau yang suami nyer seorang Dato’ Sri,… Sangat peramah, yang paling best offer kitaorg g Bali, fully Sponsor sebab Dato’ mmg ada rumah kat Bali,………. Fuhh !!!!, Best nyer kalau jadi kenyataan,… Amin…Mana lah kitaorg tau yang dia tue Dato’ sebab Camelia suh panggil tuan jerk, Camelia pun x bg panggil dia Datin,……… Sangat baik hokeeyyy !! layanan pun tip top,………Kita paling kagum tgk rumah nyer, dah macam hotel,… Decoration mmg cantik,… rumah pun besar, orang gaji pun ramai gak arrr !!!! “
Untuk rekod, perkahwinan pertama Camelia telah musnah lebih 10 tahun lalu.
Perkahwinannya dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak kekal lama tanpa dikurniakan sebarang cahaya mata.
Kali terakhir Camelia menghasilkan album beberapa  tahun lalu berjudul Untukmu.
Bagaimanapun selepas itu namanya terus hilang begitu saja tetapi di sebalik kehilangan itu, dia aktif sebagai duta produk kecantikan dan model rekaan fesyen Tom Abang Saufi.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger