Latest Post :
Home » , , , » Datuk Siti Nurhaliza Tetap Setia di sisi Suami

Datuk Siti Nurhaliza Tetap Setia di sisi Suami

{[['']]}
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami,Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

SIAPA sangka, gadis kampung yang dahulunya hanya membantu ibu menjual kuih kini sudah bergelar penyanyi tersohor tanah air.

Pejam celik, usia pembabitan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Siti dalam industri hiburan negara sudah pun mencecah angka 17 tahun.

Sama seperti usianya ketika mula bertapak dalam industri, anjakan paradigma yang dilalui artis kesayangan negara ini masih kekal di ingatan peminat-peminatnya.


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Bermula dari usia remaja sehinggalah kini bergelar isteri orang, kehidupan peribadi Siti masih lagi diintai dan menjadi perhatian umum.

Sepanjang tempoh tersebut juga, pelbagai peristiwa pahit manis telah dilalui oleh isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K ini.

Mengakui hakikat hidup sebagai selebriti, Siti tidak pernah menyesal kerana terlibat dalam industri ini biarpun ada ketikanya diri sedikit goyah dengan kontroversi-kontroversi yang sering menghimpit jiwa.

Mengakui sudah lali dengan kontroversi yang melanda, Siti bagaimanapun terkilan apabila suami tersayangnya turut terjerumus dengan gosip yang sengaja dicipta.

Ketika awal usia perkahwinannya, Datuk K pernah digosipkan dengan seorang selebriti popular. Pun begitu, Siti masih teguh berdiri di sisi suaminya malah kepercayaannya pada sang suami tidak sedikit pun goyah.

Benarlah kata orang, usia perkahwinan yang masih muda ini memang begitu banyak dugaannya. Sedang enak menyulam cinta bersama suami, Siti sekali lagi dikejutkan dengan gosip terbaru yang melibatkan suaminya.


OLEH: NURUL NAZRAH NAZARUDIN
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger