Latest Post :
Home » , , » Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu

Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu

{[['']]}

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon lelaki popular, Nabil Raja Lawak menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil lima minggu ketika ini.

Sebelum disahkan hamil, Zira merasa tidak selesa dengan keadaan dirinya.

Dia kemudiannya menguji sendiri kehamilan dengan alat ujian kehamilan jika dirinya sudah pun berbadan dua.

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,” kata Zira seperti dalam Media Hiburan Online.

Sebelum ini, Nabil pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita, Irma Hasmi, tetapi terputus di tengah jalan akibat daripada kontroversi yang timbul dari tindakan Nabil.

Lantaran itu, Nabil tidak mahu mengulang kesilapannya dan perkenalan dengan Zira telah merubah kehidupannya.

Nabil dan Zira berkahwin pada tahun lepas setelah mereka berdua merasa serasi untuk hidup bersama.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger