Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Nabil Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Nabil Raja Lawak. Show all posts

Tahniah!! Nabil Raja Lawak Dapat Anak Perempuan




KUALA LUMPUR – Pelawak, pengacara dan pelakon popular, Ahmad Nabil Ahmad yang lebih dikenali sebagai Nabil kini bergelar bapa selepas isterinya, Nazirah Ayub, 24, selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 2.67 kilogram pada pukul 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam, Selangor.

Menurut Nabil, 29, isterinya yang dikejarkan ke klinik tersebut pada pukul 3 pagi melahirkan anak sulung mereka tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

“Saya sangat terkejut sebab bayi saya lahir awal tiga minggu. Apa pun saya tidak siapkan lagi kerana sepatutnya saya mula bercuti awal Disember.

“Macam mana pun, sekarang saya sangat gembira dengan kelahiran anak sulung saya. Isteri dan anak saya sihat dan mereka dibenarkan pulang ke rumah pada petang esok (hari ini),” ujar Nabil.
Nabil yang juga pengacara program Meletop terbitan Astro berkata, beliau masih mencari nama yang sesuai untuk anaknya.

“Nama anak belum ada lagi, saya baru sahaja beli buku tentang nama indah dalam Islam belum habis baca lagi.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan serta peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak saya,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.

Nabil dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.




{[['']]}

Neelofa Beraksi Gedik Dalam 'MeleTop' ??

Neelofa kurang bersetuju dengan gelaran gedik diberikan pihak tertentu berhubung gaya pengacaraannya dalam rancangan MeleTop pada malam Selasa lalu.

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berasa hairan dengan penerimaan segelintir pihak yang mendakwa dia beraksi gedik ketika mengacarakan episod pertama rancangan MeleTop yang mula disiarkan di Astro Ria pada Selasa lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia bersetuju jika ada pihak yang menganggap dia terlalu lincah dan lantang tetapi gelaran gedik itu kurang sesuai kerana apa yang dipersembahkan adalah mengikut kehendak konsep program berkenaan.

“Saya sendiri berasa pelik pada bahagian mana dalam program itu yang saya kelihatan gedik? Saya rasa perkataan itu kurang sesuai tetapi mungkin saya agak lincah, ceria dan lantang daripada kebiasaan.

“Sebenarnya, sifat ceria dan aktif itu juga sebahagian daripada diri saya cuma selama ini masyarakat tidak pernah melihatnya. Orang sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan feminin dan sopan dalam rancangan Nona,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Ketidakpuasan segelintir penonton terhadap gaya Neelofa dalam MeleTop diperkatakan dengan meluas pada laman Twitter sejurus episod pertama rancangan itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam pada Selasa lalu di Astro Ria (saluran 104).

Neelofa berkata, sebagai orang baru yang julung kali mengacarakan program secara langsung, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki sebarang kekurangan yang terjadi.



Neelofa berterima kasih kerana pasangan pengacaranya Nabil (kiri) banyak membantu dalam melancarkan perjalanan rancangan secara langsung itu.

“Keluarga dan rakan-rakan rapat beri komen membina. Bukan mereka puji semata-mata tetapi ada banyak komen yang memberangsangkan boleh saya ambil kira.

“Malah, pihak Astro sendiri berpuas hati dengan tugas saya dan mereka kata saya sudah beri lebih daripada yang diharapkan.

“Selepas melihat semula ulangan program itu, saya kenal pasti beberapa aspek yang boleh saya perbaiki untuk siaran seterusnya,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaannya berhubung pertikaian umum itu, Neelofa berkata, dia menjadikan pengalaman pengacara Fara Fauzana ketika dipertikaikan mengacarakan Melodi sebelum ini sebagai rujukannya.

“Saya tidak kecil atau patah semangat dengan pertikaian orang kerana yang paling penting kerja saya memuaskan hati pihak Astro.

“Apabila berlakunya perkara itu, saya baru faham apa perasaan yang pernah dialami Fara Fauzana ketika dia dihentam dan dipertikaikan itu dan ini semasa mengacarakan Melodi sebelum ini.

“Apa-apa pun pertikaian orang, Fara tetap teruskan tugasnya mengikut kehendak pihak penerbitan. Itu yang menjadi pegangan saya untuk meneruskan cabaran mengacarakan MeleTop pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, aktres kontroversi ini sedang sibuk dengan sesi latihan bagi mengacarakan Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) di samping Awal Ashaari.

ASK2012 akan berlangsung pada 9 November ini pukul 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini.


Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu


KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon lelaki popular, Nabil Raja Lawak menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil lima minggu ketika ini.

Sebelum disahkan hamil, Zira merasa tidak selesa dengan keadaan dirinya.

Dia kemudiannya menguji sendiri kehamilan dengan alat ujian kehamilan jika dirinya sudah pun berbadan dua.

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,” kata Zira seperti dalam Media Hiburan Online.

Sebelum ini, Nabil pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita, Irma Hasmi, tetapi terputus di tengah jalan akibat daripada kontroversi yang timbul dari tindakan Nabil.

Lantaran itu, Nabil tidak mahu mengulang kesilapannya dan perkenalan dengan Zira telah merubah kehidupannya.

Nabil dan Zira berkahwin pada tahun lepas setelah mereka berdua merasa serasi untuk hidup bersama.

Oleh: NAIMAH SHAARI
{[['']]}

Rumah Nabil Dimasuki Pencuri



KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (Raja Lawak) melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan telah di pecah masuk.

Nabil ketika ditemui berkata, kawasan perumahannya di Kampung Masjid, Mambau itu sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kejadian pecah masuk malah sebuah kawasan kejiranan yang cukup aman.
"Saya dulu kadang-kadang keluar rumah tak kunci pintu pun kerana tahu kawasan itu sangat selamat dan tidak bimbang akan ada orang masuk merompak.

"Jadi apabila ibu menelefon memberitahu mengenai kejadian saya cukup terkejut kerana selama tinggal di sana tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti itu," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada majlis makan malam oleh Rafflesia The Pearl Centre bagi meraikan artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH di Hotel Le Meridien di sini pada malam Rabu.
Nabil bagaimanapun berkata, dia bersyukur ketika kejadian berlaku tiada penghuni di rumah tersebut.

Dalam kejadian pada Rabu, rumah Nabil yang sekarang didiami bapa saudaranya, Rahmat Abdul Latiff telah di pecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah komputer riba telah dilarikan.
Sementara itu, Nabil memberitahu keluarganya telah setahun berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap bersamanya di Jalan Duta, dekat sini.

{[['']]}

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah





PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.



Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.



Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.
{[['']]}

Irma Hasmie Enggan Hadir Pernikahan Nabil


KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.
Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.
“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza di sini, malam Khamis.
Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.



Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu.
Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan. Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini.
Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya.
Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah.
Kredit: Sumber
{[['']]}

Nabil 'Raja Lawak' Dan Nazirah Akan Bernikah Pada 30 September Ini...



KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2011: Pelakon dan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad, 28 bakal diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Nazirah Ayub, 23 pada 30 September ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.



Nabil menerusi pengurusnya, Latip Ahmad ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, pasangan berkenaan bakal dinikahkan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan kerana berhampiran dengan kediaman keluarga sebelah perempuan, di Klang.
Dia juga berkata, sebuah majlis resepsi penuh warna-warni berkonsepkan 'fairy tale' bakal diadakan di I-City, Shah Alam pada tanggal 2 Oktober ini, sekitar jam 8 malam.
"Konsep fairy tale dan persandingan dalam taman sememangnya konsep yang diidamkan Nabil dan Nazirah. Mereka sengaja memilih I-City kerana lokasi berkenaan melengkapi konsep impian perkahwinan mereka.
" Pada majlis resepsi berkenaan, mereka akan mengenakan persalinan moden di mana Nabil dengan tuxedo, manakala Nazirah bersama gaun moden," katanya.
Nabil dan Nazirah telah mengenali satu sama lain sejak enam tahun lalu, bagaimanapun dia mengakui tidak pernah berhubung apatah lagi bercakap dengan bekas pramugari AirAsia Berhad itu.
Namun, hubungan mereka kembali akrab sejak awal tahun ini kerana pasangannya itu merupakan teman rapat kepada adik iparnya.
Menafikan keputusannya mendirikan rumah tangga itu sebagai langkah terburu-buru, Nabil bagaimanapun mempunyai alasannya tersendiri kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana perpisahannya bersama Irma Hasmie selepas lebih dua tahun bercinta.
Kredit: Sumber

{[['']]}

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September 2011


Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.

Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali.Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.
Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
Kredit: SUMBER

{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger