Latest Post :
Home » , » Ahmad Dhani Tidak Tahu Siapa Penyanyi Asal Lagu Goyang Inul

Ahmad Dhani Tidak Tahu Siapa Penyanyi Asal Lagu Goyang Inul

{[['']]}

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang juga salah seorang pembimbing dalam program realiti TV Mania mengakui dia tidak mengenali penyanyi asal lagu berjudul Goyang Inul sewaktu siaran langsung pertandingan itu yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria di sini malam kelmarin.

Ahmad Dhani mengeluarkan kenyataannya itu dia sewaktu diminta komennya oleh pengacara Aznil Haji Nawawi sejurus selepas peserta di bawah bimbingan M. Nasir iaitu Stacy menyanyikan lagu Goyang Inul yang merupakan antara lagu paling popular yang dipopularkan oleh Inul Daratista yang juga berasal dari negara yang sama dengannya.

“Saya tidak tahu lagu Goyang Inul itu dipopularkan oleh Inul Daratista. Ini kerana, lagu itu memang popular di Indonesia tetapi ramai penyanyi yang menyanyikan lagu itu. Malah, dalam banyak pertandingan irama dangdut ia juga dibawakan oleh ramai peserta menyebabkan saya tidak tahu penyanyi asal lagu itu adalah Inul Daratista,” komennya ringkas.

Dia yang membimbing Hafiz, Akim, Estranged, Atilia dan Aril pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 untuk juaranya itu mengulas kenyataannya itu pada sidang akhbar selepas berakhirnya konsert minggu keenam Mania yang turut dihadiri semua peserta pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh Astro Ria.

Pada pertandingan yang menggunakan 100 peratus khidmat pesanan ringkas itu, dua peserta di bawah bimbingan Ahmad Dhani iaitu Akim dan Atili telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah berbanding 11 lagi peserta lain di mana ia membabitkan anak-anak buah di bawah bimbingan dua lagi pembimbing Mania iaitu Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Kredit: Sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger