Latest Post :
Home » , , » Zahida Rafik Mengelak Dari Media,Hanya Layan Twitter?

Zahida Rafik Mengelak Dari Media,Hanya Layan Twitter?

{[['']]}

  
Kisah 1:

Murai Batu pasti ramai media yang sedang mencari pelakon, Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik bertaraf menteri baru-baru ini.

Namun, Murai Batu dengar ramai pihak media yang gagal mencarinya kerana apabila dihubungi, telefon Zahida Rafik telah dimatikan dan adakalanya tidak dijawab.

Biarpun tidak mahu menjawab telefon, namun yang peliknya, Zahida rajin pula mengemas kini akaun twitter miliknya dan menjawab persoalan berkaitan isu berkenaan.

Dalam entri twitter miliknya baru-baru ini Murai Batu ada terbaca, dia hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam belanya dan tidak mahu mengaku siapa selebriti wanita yang dipercayai telah dibela oleh menteri itu.

Terbaru, Murai Batu diberitahu oleh seorang rakan media yang panggilannya telah berjaya diangkat oleh nombor yang dipercayai milik Zahida Rafik.

Namun, Murai Batu diberitahu lagi yang menjawab panggilan itu bukan Zahida sebaliknya rakannya.

Rakan wanitanya itu memberitahu telefonnya ditinggalkan kepadanya kerana Zahida tiada di situ.

Pelik juga kerana tambah rakan Murai Batu itu lagi, dia diberitahu rakannya sendiri tidak tahu ke mana Zahida pergi. Biar betul?

Murai Batu pun tak pasti cerita rakan Murai Batu itu betul atau tidak, tapi itulah seperti yang didengarnya.

Amboi takanlah Zahida Rafik ingin lari daripada masalah ini, sampai telefon sendiripun ditinggalkan bersama orang lain?

Namun Murai Batu tidak berani untuk menuduh apa-apa, kerana mungkin dia tertekan apabila dihubungi dan ditanya ramai pihak mengenai isu sensitif itu.

Apa-apa pun, harap isu ini akan selesai dengan cepat dan kita sama-sama akan menemui jawapan siapa sebenarnya artis wanita yang dimaksudkan itu.

Murai Batu: Kalau tak jawapan telefon, jawab BBM boleh tak? (Murai.com.my)

Kisah 2

PETALING JAYA – Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi… Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger