Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts

Remy Ishak Kembali Bersama Tiz Zaqyah

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah 


Majlis Pratonton drama TV9 bersama majalah Media Hiburan bertempat di Pavillon, Kuala Lumpur.


Siapa tidak kenal dengan pengarah hebat, Kabir Bhatia yang mula menjadi sebutan setelah drama bersiri arahannya ‘Nur Kasih’ yang ditayangkan pada 2011 berjaya mencuit hati penontonnya.

Nyata keupayaannya dalam menghasilkan drama tersebut dapat memberi impak yang mendalam dan tidak hairanlah drama ini dinobatkan antara drama yang memiliki jumlah penonton yang tertinggi pada tahun itu.

Karyanya tidak terhenti di situ apabila kini dia tampil mempertaruhkan drama terbaru sentuhannya berjudul ‘Cinta Jangan Pergi’ yang pastinya bakal menjadi fenomena baru kepada peminat drama tempatan.

Masih memilih gandingan pelakon utama yang sama dalam Nur Kasih iaitu Remy Ishak (Khalil) dan Tiz Zaqyah (Lea Soraya), drama bersiri 26 episod ini turut dijayakan oleh beberapa pelakon hebat yang lain seperti Nadiya Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Cinta Jangan Pergi yang bakal bersiaran mulai 6 April ini di saluran TV9 mengisahkan perjanjian manis sepasang kekasih, Lea dan Khalil sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal mengubah segalanya.

Berkesempatan menghadiri majlis Pratonton Drama ‘Cinta Jangan Pergi’ di e@Curve Rabu lalu, Zaas tidak melepaskan peluang untuk menemu bual pelakon utamanya, Remy dan Tiz.

Tidak kekok bersama Tiz

Menyentuh mengenai gandingan bersama bekas kekasihnya, Remy memberitahu dia tidak memiliki masalah dan kekok malah seronok berlakon bersama. “Drama ini adalah cerita yang sangat menarik dengan kisah-kisah cinta yang manis. Jadi saya tidak mahu ketinggalan dan membuang masa melayani perasaan.

“Lebih baik saya menikmati dan fokus terhadap lakonan saya. Gandingan saya dan Tiz dalam drama ini adalah atas dasar profesional kami sebagai pelakon. Lagi pun kami memang tidak ada masalah dan masih berkawan,” jelasnya.

Elak dibayangi Nur Kasih

Memegang watak utama sebagai Khalil, Remy akui lakonannya kali ini sedikit sebanyak memberi cabaran hebat buatnya dirinya. Remy berkata, dia tidak mahu watak Khalil yang dibawanya menerusi Cinta Jangan Pergi di bayangi karakter Adam dalam Nur Kasih.

“Saya pasti penonton akan memberi perhatian terhadap perkara ini tambahan pula saya turut digandingkan dengan Tiz Zaqyah sama seperti Nur Kasih. Oleh itu, sebagai pelakon saya harus lakukan sesuatu yang berbeza supaya mereka tidak jemu dengan lakonan kali ini.

“Saya akui inilah cabaran besar buat diri saya dalam menjayakan watak ini selain terpaksa bertahan dengan cuaca yang sejuk ketika menjalani penggambaran di Eropah,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak mudah untuk membawakan tanggungjawab itu, namun dia akui gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjayakan drama ini.

“Secara keseluruhannya, saya memang sukakan watak dan jalan cerita yang ditampilkan dalam drama ini. Bila pertama kali ditawarkan watak Khalil, saya tidak sabar untuk menjayakannya,” katanya.

Maya kekasih baru?

Mengulas lanjut mengenai gambar percutiannya bersama aktres jelita, Maya Karin yang dimuat turun ke Instagramnya, baru-baru ini, Remy akui hubungan mereka hanya sebagai teman rapat.

“Memang saya ada bercuti di Sabah bersama Maya. Percutian ini sebenarnya adalah atas jemputan pihak Yayasan Sabah. Kami berada di sama selama empat hari di mana dua hari kami berada di Imbak Cayon dan dua hari lagi di Gunung Kuli bersama kenalan Maya dan turut diiringi sekumpulan pengkaji ekologi.

“Seronok sepanjang berada di sana sebab kami juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai alam semula jadi,” katanya.

Tambah Remy lagi, memiliki minat yang sama terhadap aktiviti lasak adalah antara faktor mereka berdua menjadi rapat dan dia juga tidak menolak sekiranya dia memiliki jodoh bersama wanita itu.

“Sejak itu kami mula rapat dan selalu berhubung. Sekarang ini apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan rapat, tapi pada masa akan datang saya tidak tahu. Semuanya di tangan Tuhan, kalau ada jodoh saya tidak tolak,” katanya.

Bukan mudah bersama Remy

Berkongsi pengalaman, pelakon Tiz Zaqyah, 25 akui ia bukanlah mudah buat dirinya untuk bergandingan dengan bekas kekasihnya memandangkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani penggambaran drama ini.

“Saya memang tidak nafikan berlakon bersamanya selepas kami berpisah sedikit sebanyak beri cabaran buat saya. Tapi atas dasar kerja kami perlu lebih profesional untuk memastikan drama ini dihasilkan dengan baik.

“Sepanjang menjalani penggambaran bersamanya, memang kami tidak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik,” jelasnya.

Menurut Tiz, selain daripada itu, cabaran cuaca yang sangat sejuk turut memberi kesukaran buatnya menjalani penggambaran.

“Saya terpaksa menahan sejuk memandangkan baju yang perlu saya pakai ketika itu agak nipis. Tapi mahu tidak mahu saya perlu lakukannya juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiz juga sibuk menjalani penggambaran ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’, drama yang diadaptasi daripada sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3 dan pada masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri ‘Oh My English’ sebagai Cikgu Ayu.

Sudah temui pengganti

Seperti yang diketahui umum, selepas hubungannya bersama Remy terputus, Tiz kini dilihat sudah pun memiliki pengganti setelah beberapa keping gambar mereka mula dimuat naik di laman sosial Intagram miliknya.

Tidak menafikan perkara itu, Tiz mengaku jejaka bernama Daniel Haziq yang dimaksudkan itu adalah teman lelaki terbarunya.

“Saya memang sudah ada teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat dalam Instagram saya. Dia bukanlah kekasih lama saya seperti yang dikatakan khabar angin yang tersebar tapi dia adalah teman sekolah sejak tingkatan dua lagi,” katanya.

Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai jejaka tersebut, Tiz berkata sikap sopan-santun dan sabar yang dimiliki oleh Daniel Haziq telah membuka hatinya untuk menerima pemuda itu.

“Dia seorang yang lemah-lembut, sabar dan tak suka marah-marah dan tahan dengan perangai saya. Itu yang membuat saya selesa dengannya. Bagi saya dalam sesebuah hubungan kematangan dan saling memahami adalah antara faktor yang penting,” kata Tiz.

Serik bercinta dengan artis?

Menyentuh mengenai perancangan dalam perhubungannya kini, Tiz memberitahu buat masa terdekat ini dia lebih selesa untuk memberi fokus terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

“Saya masih muda, sekarang ini kalau boleh saya mahu fokus dan mengumpul duit terlebih dahulu sebelum memikirkan soal ini. Bertanya sama ada dirinya serik untuk menjalinkan hubungan cinta bersama rakan artis yang lain, Tiz akui perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

Bagaimanapun Tiz tidak menolak jika ketentuan telah menetapkan dirinya bakal bertemu jodoh dengan golongan artis.

“Memang beza kalau bercinta dengan orang biasa dan artis. Bila bercinta dengan orang biasa tidak ramai yang bagi perhatian terhadap hubungan kami,” katanya.

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: AZMI ARYANTO

{[['']]}

Panas!! Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta

MULA bercinta di lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy mendakwa walaupun telah putus cinta dengan Tiz, mereka masih boleh meneruskan hubungan profesional dalam lakonan. Terbaru, mereka digabungkan sebagai pasangan kekasih dalam drama Cinta Jangan Pergi.

KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang ditulis sebuah portal hiburan itu diucapkan semula ke telinganya, duta Dashing itu tergelak besar. Dia memberi isyarat tentang cerita yang sudah berbulan tersimpan di dada itu sudah bukan sesuatu yang menyakitkan untuk dikongsi. Sementelah kata Remy, dia tidak sanggup membiarkan imejnya tercalar disebabkan kisah peribadi.

Cerita cinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah muncul lagi. Kali ini, sekali lagi luahan beremosi Remy menerusi laman Twitter miliknya mengundang andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan.

Petikan-petikan yang berbunyi 'the relationship was gone a long time ago...' serta 'the best way to end the relationship is to burn the bridge...' yang ditulis Remy beberapa hari lalu semakin menguatkan spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.

Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.

"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat.

Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.

"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.

REMY akhirnya mengakui secara terbuka bahawa hubungannya bersama Tiz tidak mampu diteruskan.

Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy, dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.

"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.

Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."

Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas dirinya.

"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat," jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!

Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian itu.

"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen," katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan jatuh cinta lagi.
{[['']]}

Tiz Zaqyah & Nicholas Saputra Sambut Aidilfitri Bersama?


Aha! Kalau anda tertanya-tanya, siapakah Nicholas Saputra? Come on..., masa kan anda boleh terlupa pada Rangga. Karakter dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? yang mana menjadi idaman ramai gadis dunia nyata yang bukan saja di seluruh belantika Indonesia tapi juga di bumi Malaysia. Tapi... ada apa Nicholas dengan Tiz Zaqyah?

Baru-baru ni, Tiz melalui Facebook beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan bintang Indonesia itu kini sedang berada di Malaysia untuk menjalani sebuah pengambaran.

Difahamkan, pengambaran tersebut bukankalah menuntut Nicholas Saputra mahupun Tiz berlakon drama atau filem. Tetapi ianya adalah untuk pengambaran sebuah iklan baru bersempena kedatangan Aidilfitri.

Tidak dapat dipastikan keluaran siapa juga bagaimana jalan ceritanya tetapi iklan raya ini turut melibat Tiz Zaqyah, Fatimah Abu Bakar & juga Sam Bunkface.

Iklan raya Aidilfitri yang melibatkan gandingan bintang popular dua negara ni pastinya menarik! Sama-sama kita tunggu sajalah hasil yang bakal yang keluar. Sementara itu, anda boleh tatap dulu foto-foto dari Facebook rasmi Tiz Zaqyah.




*Bila tiba musim raya, terasa rindu dengan iklan-iklan Petronas hasil kreativiti Allahyaraham Yasmin Ahmad.



- mD
{[['']]}

Sedapnya Suara Tiz Zaqyah..Macam Agnes Monica!!


Umum sudah sedia maklum pelakon wanita, Tiz Zaqyah mempunyai bakat yang pelbagai apabila dia memperlihatkan bakatnya satu-persatu secara tersendiri.

Memulakan langkah seninya dengan menjadi pelakon, Tiz Zaqyah seterusnya mampu mempamerkan bakat melukis kepada para peminat.

Pada mulanya, dia hanya berkongsi kelebihan dirinya kepada peminat-peminat di laman sosial Facebooknya dan ternyata Tiz Zaqyah menerima pujian yang menggunung.

Seterusnya, Tiz Zaqyah membongkar pula bakatnya dalam bidang nyanyian apabila memuat naik video nyanyiannya ke laman Facebooknya juga secara suka-suka.

Terbaru, Tiz Zaqyah telah mendendangkan sebuah lagu nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica bertajuk Rindu.

Pada pengamatan penulis, Tiz Zaqyah mempunyai suara yang sedap dan seakan-akan sama seperti penyanyi asal lagu Rindu itu.

Apa kata anda pula? Dengarkan.




Oleh: NAIMAH SHAARI
{[['']]}

Gambar Peminat Tiz Zaqyah Yang Telah Menipunya


PELAKON Tiz Zaqyah kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.
Biarpun perkara tersebut tidak bersangkut paut secara langsung dengannya, namun apa yang lebih mengecewakan andai nama Tiz diheret sama.
Terbaru, Tiz ditipu oleh seorang individu yang membabitkan sekumpulan 35 ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah (TZFC) yang merancang untuk melancong bersama ke Perth, Australia pada 21 Disember lalu.
Bagaimanapun, program Percutian Cik Qyah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir apabila salah seorang daripada ahlinya itu menggelapkan wang peserta berjumlah lebih RM60,000.
Jumlah tersebut meliputi kos tiket penerbangan, penginapan, makan dan lain-lain keperluan sepanjang berada di sana apabila masing-masing perlu membayar antara RM1,700 hingga RM1,900.
“Memang kecewa tapi saya tak boleh buat apa-apa. Pihak TZFC dah pun buat laporan polis tentang individu berkenaan. Biarlah pihak berkuasa yang uruskan, kita tunggu saja,” ringkasnya enggan mengulas lanjut.
Lawatan dirancang secara terperinci sejak Mac lalu itu membawa semua ahli keluarga peminat Tiz yang berada di tanah air, Singapura dan Brunei ke negara kanggaru itu.
Tiz hanya dimaklumkan oleh bahagian pentadbiran TZFC bahawa lawatan tersebut tidak dapat diteruskan beberapa hari sebelum hari lawatan.
Adakah anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengenali individu yang dikatakan perunding percutian kelab peminatnya itu?
“Dia ahli TZFC tapi saya tak kenal dia. Tapi saya risau kalau ‘dia’ buat hal dengan kelab peminat artis lain pula,” ringkasnya lagi.

Berikut adalah gambar peminat Tiz Zaqyah yang didakwa telah menipunya dan ahli-ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) .


{[['']]}

Tiz Zaqyah Berhati-Hati Pilih Kawan


WALAUPUN tenang menepis kontroversi, aktres Tiz Zaqyah (gambar) akui serik dan lebih berhati-hati memilih kawan.
Pelakon popular menerusi drama Nur Kasih itu pernah dituduh cuba menggoda kekasih Fasha Sandha, Mohd Rizal Ashram atau dikenali sebagai Jejai sekitar Jun lalu.
"Alhamdulillah, kontroversi itu tidak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon filem Nur Kasih dan saya boleh melakukan kerja seperti biasa," katanya.

Tiz ditemui sewaktu menjalani penggambaran filem Nur Kasih The Movie di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular ABP 2009 itu berkata dian tidak gembira dengan tohmahan itu.
"Saya tak suka dengan dakwaan itu. Saya dah komen sebelum ini dan tak nak komen apa-apa lagi (pasal Fasha).
"Cukuplah saya katakan yang saya lebih berhati-hati pilih kawan," beritahunya.
Pelakon berusia 21 tahun itu juga akui akan bersikap profesional jika digandingkan dengan Fasha selepas ini. Kali pertama dan terakhir mereka digandingkan bersama-sama adalah menerusi drama bersiri Spa Qistina.
Menyentuh tentang lakonannya sebagai Nur Amina, wataknya kali ini lebih kuat, tabah tetapi agresif.
"Saya tak akan menangis tetapi orang yang menonton filem ini akan menangis," ujarnya mengenai filem yang menelan belanja RM2.8 juta termasuk kos promosi.
Tizz serta dua pelakon utama filem itu iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz telah menjalani penggambaran selama 35 hari bermula 19 Jun lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jordan.-mstar
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger