Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Bunohan. Show all posts
Showing posts with label Bunohan. Show all posts

Hebat!! Filem 'Bunohan' Tersenarai Dalam Academy Awards Ke-85

 
Filem Bunohan arahan Dain Said melakar sejarah apabila telah tersenarai dalam Anugerah Academy ke-85 untuk kategori Foreign Language Film! Bunohan adalah satu-satunya filem daripada Malaysia yang akan berentap dengan 71 buah negara lain sebelum pencalonan muktamad akan diumumkan pada 10 Januari 2012 di Academy’s Samuel Goldwyn Theater. 

Sejak ‘trailer’ filem itu dimuat naik menerusi Youtube pada tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air sudah mula merasakan yang filem ini bakal membawa standardnya yang tersendiri di dalam dunia perfileman Malaysia dan juga antarabangsa. 

Selain Anugerah Academy, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika Syarikat.

Filem Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi. Tunggu saja keputusannya nanti. Apa-apa pun tahniah
diucapkan diatas pencapaian luar biasa filem hebat ini!
 
 
{[['']]}

Filem 'BUNOHAN' Bakal Cetus Fenomena



Biarpun hanya akan muncul di pawagam 8 Mac ini, filem arahan Dain Said berjudul Bunohan sudah pun menjadi buah mulut orang ramai.
Sewaktu tayangan perdananya Rabu lalu, ramai sungguh penggiat seni hadir dan memuji filem yang mengangkat kisah tiga adik-beradik lelaki ini.

Di laman Twitter dan Facebook, Bunohan adalah topik yang hangat diperkatakan kini.

Bukan saja jalan cerita dan sudut pengarahannya menerima pujian melambung, malah lakonan pelakon utamanya iaitu Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim juga keluar dari kepompong biasa.

Selain mereka bertiga, barisan pelakon lain terlibat tidak kurang hebatnya seperti Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Jimmy Lor.

Sesuatu yang istimewa mengenai filem bergenre drama aksi ini ialah kesemua pelakonnya adalah lelaki dan satu-satunya watak perempuan ditampilkan ialah Mek Yah lakonan peragawati terkenal, Tengku Azura.




Kejayaan di luar negara

Tak dapat dinafikan, salah satu faktor membuatkan Bunohan ditunggu-tunggu kerana filem ini terlebih dahulu meraih perhatian di festival filem luar negara.

Sebagai wakil Malaysia, Bunohan telah ditayangkan kepada masyarakat antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Toronto, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam dan Festival Filem Antarabangsa Palm Springs.

Lebih membanggakan, Bunohan turut merangkul Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse yang diberikan bagi menggalakkan pengkarya filem Asia mengetengahkan karya luar biasa.

Kemenangan Bunohan bertepatan dengan kriteria filem ini yang menggunakan cara paling kreatif dan unik di samping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia.

Selepas ini, pastinya Bunohan akan dikenali di seluruh dunia apabila Universal Pictures bersetuju untuk mengedarkan filem ini di beberapa negara luar termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.


Sokongan penonton tempatan

Sebagai pengarah, tiada yang lebih diharapkan Dain melainkan agar Bunohan diterima baik oleh peminat filem tempatan.

Maklumlah, filem ini mungkin sudah berjaya di luar negara tetapi tiada gunanya jika peminat negara sendiri tidak menyokong. Lebih-lebih lagi filem pertama arahan Dain, Dukun tidak dapat ditayangkan di negara ini atas beberapa faktor.

Sekiranya Bunohan mendapat sambutan hebat, sekurang-kurangnya dapat mengubati kekecewaan Dain dan peminat yang ternanti-nanti tayangan Dukun.

Zass percaya, ‘kuasa’ cerita dari mulut ke mulut tentang kehebatan Bunohan pasti akan membantu untuk menarik penonton menyerbu panggung.



OLEH: SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
{[['']]}

Faizal Hussein Jadi Buruan!!


KUALA LUMPUR: Selepas filem Bunohan ditayangkan di Amerika Utara dan bakal menembusi pasaran antarabangsa, nama Faizal Hussein, 44, menjadi sebutan para media tempatan dan luar negara.
Filem yang turut dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Nam Ron dan Bront Palarae itu ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena 'Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'.




Menurut Faizal, melalui filem itu juga dia mendapat pendedahan dan pengalaman baru termasuk akan ditemubual oleh media dari luar negara iaitu program hiburan E! News di saluran E! dan saluran Discovery.
“Saya juga digelar sebagai ‘Jack Palance Malaysia’ dalam sebuah ulasan tentang Bunohan dari portal variety.com.
“Impak yang diberikan oleh filem Bunohan arahan Dain Said memberikan komen yang bagus dan saya melihat fenomena di mana pembikin filem tempatan semakin meningkat naik.
“Paling penting adalah kandungan filem itu sendiri,” katanya dalam satu sidang media pelancaran filem Khon Malay, Taiko dan 1945 di Restoran Platinum Terrasse, Jalan Genting Klang, di sini, Isnin.
Bercerita lanjut tentang reaksinya apabila bakal berlakon dalam ketiga-tiga filem tersebut, Faizal akui bersyukur apabila peminatnya masih dahagakan lakonan antagonisnya.
“Saya sudah lama bersahabat dengan pengarah filem Imran Ismail yang akan mengarahkan filem Khon Malay dan 1945. Jadi, kami selalu berbincang idea dan saya tidak menunggu tawaran ini sebaliknya dipilih kerana ia merupakan hasil kolaborasi saya dengan Imran.
“Dia pernah membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan hasilnya peminat Faizal Hussein menyukai saya melakonkan watak jahat.
“Saya juga tidak menyangka masih ada peminat yang ingin menonton pelakon tua seperti saya sebagai hero. Rezeki ini juga hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah filem,” katanya lagi yang turut berlakon dalam telefilem Anak untuk Astro terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang dimiliki oleh sepupunya, pelakon Rosyam Nor.
Faizal akui pernah berehat daripada industri perfileman pada tahun 1995 dan menumpukan kepada lakonan drama selama 5 tahun. Kemudian dia kembali ke layar perak pada tahun 2000.
“Apabila saya berlakon filem semula, saya selesa memilih watak antagonis seperti dalam filem KL Menjerit, Leftenan Adnan dan Janji Diana untuk memberikan kelainan memandangkan koleksi filem saya sebelum itu tidak sehebat mana.
“Jadi, untuk filem terbaru ini, saya mahu lihat seramai mana peminat Faizal Hussein yang akan datang menonton filem saya dengan watak yang bagaimana,” katanya yang akan turut berlakon di samping isterinya, pelakon Suhaila dan dua anaknya, Fazryn, 6, dan Fazrick, 3, menerusi filem Khon Malay.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Faizal berjudul Abu Ya sedang ditayangkan di pawagam tempatan dan filem Bunohan akan berada di pawagam pada Mac 2012.
 

{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger