Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts

Apex Dan Leuniey Sah Nikah Disember Ini



Setelah berteka-teki akhirnya penjaga gol popular, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Apex, akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Disember ini.

Wanita bertuah yang bakal menjadi suri hidup Apek itu adalah Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey, 21.

Menerusi Media Hiburan, hari ini, Apex mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius.

Mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.

Sekarang segala persiapan sedang rancak dilakukan.

Menurut mereka, dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.

Kini segala-galanya telah terungkai. Tahniah diucapkan kepada Apex Dan Leuniey !

{[['']]}

Gambar Apex Sambut Hari Jadi Leuniey



Lagi cerita tentang Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmii Che Mat, tapi kali ini bukan pasal kerjayanya tetapi mengenai teman wanitanya itu.

Pada 13 Oktober yang lalu, kekasihnya yang terbaru, Leuniey Natasha telah menyambut ulang tahun kelahiran.

Melalui Instagram Leuniey, Apek dilihat telah membuat majlis kecil-kecilan bagi meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga.

Nampaknya hubungan mereka berdua ini tidak ada halangan dari keluarga masing-masing.

Apa lagi cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga ye supaya tidak ada lagi gosip-gosip liar mengenai mereka berdua ini.

Oleh: KASIH ISA

Foto: beautifulnara.com
{[['']]}

Khairul Fahmi Dan Leuniey Sedang Bahagia Diulit Cinta

MENGAKU...Leuniey dan Apek dalam fasa mengenali satu sama lain.

KOTA BHARU: “Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan kami (supaya hubungan berkekalan sehingga jenjang pelamin),” kata penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, yang kini bahagia menjalin hubungan cinta dengan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21.

Metro Ahad kelmarin melaporkan pengakuan Leuniey hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, kini lebih daripada sekadar kawan biasa.

Menurut Leuniey, dia dan Apek kini dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

Apek berkata, masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey merancang untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua.

“Kami tidak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami,” katanya ceria ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dengan penjelasan diberikan, diharap tidak timbul lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey yang sedikit sebanyak mengganggu fokusnya dalam bidang sukan.

Katanya, dia mengakui mula mengenali Leuniey yang juga pemilik butik pengantin dengan lebih rapat selepas mereka terpilih menjadi model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang kerana Apek membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol bola sepak negara itu.

Oleh Muhamaad Razis Ismail
{[['']]}

Apakah Motif Apex Dan Leuniey Tunjuk Cincin??




Kalau dahulu, penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilanda gosip yang mengatakan dia bercinta dengan seorang gadis manis bernama Leuniey.

Hubungan itu dikatakan berlaku hingga menyebabkan tali pertunangan Leuniey dengan seorang lelaki terputus di tengah jalan.

Tetapi, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.

Mungkin rezeki untuk kedua-dua belah pihak, Apex danLeuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sekali lagi timbul cerita mengatakan mereka mempunyai hubungan cinta.

Dan sekali lagi juga kedua-dua mereka menafikan kenyataan serta menepis semua dakwaan tersebut

Namun, sedikit pelik kerana sekarang ini, mereka dikatakan sedang hangat menyulam kasih dan sayang antara satu sama lain!

Apex dan Leuniey dikatakan tidak segan untuk menyatakan ‘sesuatu’ di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.

Terbaru, Apex menggungakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM).




Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan ‘caption’ menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya.

Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey.

Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex.

Apex dan Leuniey bercintakah? Apa kata anda?

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: Rotikaya.com
{[['']]}

Khairul Fahmi Kembali Solo Selepas Putus Cinta Dengan Dahlia Teck

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck.


Ini mungkin satu khabar yang mengembirakan untuk golongan wanita negara ini apabila penjaga gol kebangsaan yang semakin hot, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex sah kembali solo.

Yup…Apex mengesahkan kepada majalah URTV dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

“Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan,” katanya dalam majalah itu.


Gambar semasa majlis pertunangan dengan Elia.


Gambar Apexbersama Shida Harmi.

Apex bagaimanapun enggan menyatakan jika perpisahan dengan Dahlia Teck berpunca daripada pihak ketiga.

Dia juga memilih untuk kekal single buat seketika...Hingga bila tu Pex?

“Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau  nak memikirkan soal cinta,” katanya.

Apex pernah bertunang dengan Elia. Selain itu, antara nama yang pernah terkait dengan dirinya adalah Nora Danish dan Leuniey Natasha.

Tidak ketinggalan juga nama Shida Harmi.
{[['']]}

Leuniey Nafi Khairul Fahmi Menjadi Punca Dia Putus Tunang

MANGSA FITNAH..Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey


KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex), menafikan pertunganannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.

Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.

“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

Sidang media di butik pengantin milik ibu Leuniey.



Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex,” katanya pada sidang media di butik pengantin milik
ibunya di sini, semalam.

Menurutnya, hanya rakan terdekat dan keluarga yang tahu mengenai kisah putus tunang antara dia dan pasangan, dan isu mengaitkan Apex amat memeranjatkan dia dan keluarga.

“Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti,” katanya.

Dia yang bertunang pada 16 Disember lalu dan terputus sebulan kemudian berharap, penjelasannya akan menamatkan isu berkenaan dan tidak ada lagi dakwaan yang mengaitkan Apex dengannya.Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.

“Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya,” katanya, yang turut mengakui tidak meminati sukan bola sepak termasuk pemain kebangsaan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Apex yang kini berada di Bahrain menjadi punca keretakanhubungan Leuniey dan pasangannya.Susulan itu, ayah Apex, Che Mat Hussin melahirkan kekecewaan dengan tuduhan terbaru terhadap anaknya itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk mengawasinya, yang dikatakan berada dalam situasi terancam.
{[['']]}

Bekas Tunang Leuniey Natasha Dan Kelab Peminat Bersihkan Nama Khairul Fahmi



KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama Leuniey Natasha.
Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali pertunangan mereka putus sekaligus menafikan dakwaan pemilik laman Twitter yang dikenali dengan nama akaun @MahSiH2 yang disiarkan semalam.
Dengan pengakuan tersebut, bekas tunangan Leuniey yang enggan disiarkan namanya itu merayu agar isu tersebut dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi.
“Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Selain itu, bekas tunang Leuniey itu juga menafikan dirinya mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun Twitter, @MahSiH2, yang dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya menyebarkan berita fitnah tersebut.
“Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang,” katanya lagi.
Pemilik akaun Twitter @MahSiH2 semalam menghuru-harakan dunia internet negara apabila mendakwa Apex menjadi punca putus tunang Leuniey dan ikon bola sepak negara yang diminati ramai itu telah putus hubungan ‘istimewa’nya dengan Dahlia Teck.
Selain itu, @MahSiH2 juga mendakwa Apex kini berpacaran dengan Leuniey, seorang gadis yang dikatakan lebih jelita dan lebih sopan berbanding dengan Dahlia Teck.

KHAIRUL FAHMI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN LEUNIEY NATASHA

Namun dilaman blog http://www.mykhairulfahmi.com/ milik kelab peminat Khairul Fahmi,mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa gosip liar ini tidak benar.Khairul Fahmi @ Apex sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa2 hubungan dengan gadis ini dan ternyata gossip ini adalah tuduhan liar yang berniat untuk menjatuhkan kredibiliti Khairul Fahmi sekali lagi.

Dalam pada itu mereka juga(kelab peminat Khairul Fahmi) menyarankan agar peminat Apek yang lain supaya tidak mempercayai khabar angin yang tersebar meluas di internet iniSudah-sudahlah… Carilah gossip-gossip yang lain pula.. Kami di Kelab Peminat Khairul Fahmi lebih rapat dan arif tentang Apex. Oleh itu, kamilah sumber maklumat yang lebih dipercayai daripada sumber-sumber Internet diluar sana.

Konklusinya,mulut tempayan sebesar mana pun boleh ditutup rapat-rapat,kalau mulut insan yang bergelar manusia ini,hanya masa yang menentukan.Kami disini berharap semoga Apek terus maju dalam karier bola sepak mahupun apa jua bidang yang diceburi oleh beliau.
{[['']]}

Panas!! Awek ‘Baru’ Khairul Fahmi ‘Leuniey Natasha’ Tunangan Orang?





Gambar-gambar Leuniey Natasha


KUALA LUMPUR- Dunia internet kecoh lagi pasal penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang kini dikatakan bercinta pula dengan seorang gadis manis yang dikenali sebagai ‘Leuniey Natasha’.
Ia gara-gara seorang pemilik akaun laman sosial Twitter yang dikenali sebagai @MahSiH2.
Dia mendakwa Apex merupakan seorang “player” dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck.
“Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.
“Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan,” kata blogger terkenal Abang Nara dari beautifulnara.com.
Mynewshub.my turut menjejak laman Twitter milik @MahSiH2 itu dan mendapati memang benar dakwaan Abang Nara mengenai gosip tersebut dan pemilik laman sosial itu kini sedang sibuk memaki hamun Leuniey yang dilabelkan sebagai ‘betina yang gatal’.
“Khairul fahmi,, mu tinggal dalia semata2 utk tino tu??? haktuihh. Kalo baik xpe gak… Ni sanggup putus tuney semata2 gilo ke mu…
“Leuniey si tino garik tu ado butik pengantin kat KB… Blajo bodoh tu yg jaga butik mek dio..
“Leuniey tu tuney ore. 2 minggu tuney pahtu mintak putus sbb kemaruk sgt dgn si khairul fahmi suara kepit… Puiii,” kata @MahSiH2 memburuk-burukkan Apex dan Leuniy.
Menurut maklumat yang diterima Leuniey ini agak muda orangnya,baru berumur awal 20-an dan merupakan seorang make up artist.Sama-samalah kita tunggu respon dari mulut Khairul Fahmi atau dari Leuniy sendiri tentang kebenaran gosip ini.

Gambar Khairul Fahmi bersama Dahlia Teck yang telah menimbulkan kontroversi.


 Gambar Khairul Fahmi sebagai cover majalah 'Glam'
{[['']]}

Aksi Penjaga Gol Khairul Fahmi Yang Semakin 'GLAM'



KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.
Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.
Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.
Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti sosialnya.
Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?
Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat?
Namun,  Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.
Tahniah Apex!

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
{[['']]}

Panas!! Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi Dan Shida Harmi


Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini.
Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.

Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.
Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.
Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu.









Walaupun bakal ada peminat Khairul Fahmi yang akan datang ke’sini berkata kami keluarkan artikel ini dengan perasaan penuh hasad dengki & tidak patriotik — percayalah tiada niat sebegitu di’hati kami. Ceh, berlagak baik.




Kredit: Sumber
{[['']]}

Panas!! Gambar Seksi Dahlia Teck Bersama Khairul Fahmi Di Werner’s, Bukit Bintang


Gosip cinta pemain bola sepak kebangsaan(penjaga gol) Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan nama Apek memang hangat menjadi bualan selepas keputusannya untuk memutuskan hubungan pertunangan dengan Alia(bekas tunang) setelah beberapa bulan mengikat tali pertunangan. Terbaru, Gambar ini bakal menimbulkan satu lagi kontroversi kerana menampilkan Khairul Fahmi bersama Dahlia Teck dan rakan-rakan yang seksi belaka di Werner’s, Bukit Bintang.




Kami tidak tahu samaada arak yang ada bersama mereka itu diteguk oleh Apek atau tidak, cuma kalau benda begitu yang ada di depan mata tidak seeloknya dibiarkan bergambar bersama sebab ia boleh menimbulkan pelbagai gosip yang kurang enak didengar kerana nama Apek semakin memuncak. Kalau mahu diikutkan, Dahlia sepatutnya lebih peka dengan keadaannya yang mempunyai kekasih sebagai penjaga gol kebangsaan malaysia dan menjaga nama baik Khairul Fahmi.
Tunggu sahajalah apa jawapan yang Apek akan berikan kepada media nanti.
Gambar ini diambil dari rakan media, MediaMalaya yang menerima Email dari seorang pembaca.
{[['']]}

Ibu Elia Dakwa Khairul Fahmi Berbohong...

                                 
Khairul Fahmi Belum Pulangkan Cincin Pertunangan

KOTA BHARU: “Kenyataan dibuatnya pertunangan dia dengan anak saya sudah putus secara rasmi tidak benar. Sejak dia beritahu akan memutuskan pertunangan mengikut adat Melayu dan memulangkan cincin pertunangan dengan bantuan keluarga angkatnya, sampai hari ini semua itu tidak berlaku,” kata ibu Aimie Harmelia atau Elia.
Wanita berusia 46 tahun yang enggan dikenali berkata demikian sebagai menafikan kenyataan terbaru penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, baru-baru ini yang mendakwa pertunangannya dengan Elia diputuskan secara rasmi.
Ibu Elia berkata, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek hanya mengeruhkan lagi suasana, malah mengaibkan keluarganya.

“Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami.








“Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kredit: Sumber
{[['']]}

Kontroversi Dahlia Teck Dan 10 Isu Berbangkit Dalam Kes Khairul Fahmi Putus Tunang !



KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: Sungguhpun pasukan Harimau Malaya sudah tewas di tangan Singapura pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pada tempoh hari, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, tetap mendapat pujian ramai apabila dia berjaya menjaga gawang negara dengan baik sekali.
Belum pun habis lagi kehangatan perlawanan itu, masyarakat dikejutkan pula dengan berita putus tunang Apex bersama gadis bernama Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, yang mana Apex telah membuat pengakuan rasmi dalam sebuah akhbar tempatan pada Ahad lalu.
Dalam pengakuan berkenaan, Apex mengesahkan tali pertunangan yang diikat pada 17 Mei lalu telah pun berakhir. Namun, pelbagai isu telah berbangkit yang mana semuanya berlaku sebelum dan selepas Apex dan seluruh masyarakat mengetahui akan hal ini.
Eksklusif untuk anda, Apex telah menjawab 10 isu yang berbangkit demi menjelaskan keadaan yang sebenar tentang kesnya putus tunang dengan Elia.



DAHLIA TECK... yang telah dikatakan sebagai punca Khairul Fahmi putus tunang.

KANTOI...Gambar Khairul Fahmi berpegangan tangan dengan Dahlia Teck telah tersebar di internet.


1. Keputusan Nekad Putus Tunang
"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
"Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.
Oleh Razif Rosdi

{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger