Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Shaheizy Sam. Show all posts
Showing posts with label Shaheizy Sam. Show all posts

Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Nora Danish

Salah satu adegan dalam filem '2 Kalimah'


PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.

Aktor yang mesra disapa Sam, 30, itu berkata gosip berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad adalah satu laporan yang tidak benar sama sekali.

“Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik.

“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Isnin.

Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.

Sam berkata, gosip terbaru itu mengingatkannya kepada dakwaan yang pernah mengaitkannya dengan aktres Wawa Zainal sebelum ini.
Nora Danish dikatakan menjalin hubungan dengan Sam sejak mereka berpasangan dalam filem 2 Kalimah

“Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan,” jelasnya.

Ditanya adakah gosip itu timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya.

Mengenai perkembangan terbaru, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.

“Penggambaran filem 2 Kalimah pun sudah tamat, jadi saya hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja sepanjang Ramadan ini,” kongsinya.


Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Video Trailer Dan Sinopsis Filem Terbaru Lakonan Shaheizy Sam 'SONGLAP'



Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam ini akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2011. Filem Songlap ini menggandingkan Shaheizy Sam dengan pelakon remaja, Syafie Naswip. Filem nie kalau dilihat dari video trailer banyak jer aksi gaduh dan mencemaskan. Sinopsis Dan Video Trailer ada di bawah…

Pengarah:
Effendee, Fariza Azlina

Barisan Pelakon:
Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Rashidi Ishak, Lisdawati, Eizlan Yusof, Nasir Jani dan ramai lagi.

Sinopsis
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy. AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?


Jom Saksikan Video Trailer Filem Songlap

{[['']]}

Farid Kamil Terkejut Filem 'KONGSI' Dapat Kutip RM8 Juta

http://www.gosipsensasi.co.cc

                       Shaheizy Sam sebagai teraju utama filem 'Kongsi'

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari, 30, mengakui terkejut dengan kutipan pecah panggung filem arahannya iaitu Kongsi sebanyak RM8 juta selepas tiga minggu ditayangkan bermula 12 Mei lalu.
Jelas Farid, filem yang menelan belanja RM1.82 juta (tidak termasuk promosi) yang bercorak komedi aksi itu walaupun menerima ulasan dan komen yang kurang memberangsangkan daripada pihak media, dia bagaimanapun terharu dengan sokongan masyarakat terhadap filem itu.
"Saya akui respons daripada teman media terhadap filem Kongsi kurang memberangsangkan tetapi kutipan yang diterima oleh filem ini membuktikan ia diterima oleh penonton.
"Bagi saya, segala komen daripada media akan saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan pada karya akan datang.
"Manakala sambutan luar biasa ini akan menjadi pemangkin semangat untuk saya terus menghasilkan lebih banyak filem yang digemari oleh masyarakat," katanya kepada mStar Online, Khamis.
Dalam pada itu, Farid turut meluahkan perasaan terkilannya dengan tempoh tayangan yang terhad bagi filem-filem tempatan pada waktu ini.

                          Farid Kamil sebagai Pengarah filem 'Kongsi'

Menurutnya, kemunculan sebuah filem baru pada setiap minggu adalah satu keadaan yang tidak adil untuk pembikin-pembikin filem.
"Bukan saya tamak atau tidak berpuas hati dengan kutipan yang diterima. Cuma, senario satu filem seminggu ini adalah tidak adil buat kami, pembikin filem.
"Saya faham dengan krisis lambakan filem menjadi faktor keputusan itu tetapi kalau sesebuah filem itu diberikan tempoh tayangan yang lebih panjang, tentu akan dapat kutipan lebih baik," katanya lagi.
Farid kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Wasiat untuk Astro Citra.
Drama arahan Faizal Ishak itu turut membariskan Sara Ali, Beto Khusairy dan ramai lagi.
{[['']]}

Shaheizy Sam Bakal Muncul Sebagai Hero Filem 'SAM'

http://www.gosipsensasi.co.cc
Shaheizy Sam bersama bonda tersayang.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2.
Jelas Sam, dia tidak dapat membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production.
“Saya berhutang satu filem dengan Skop kerana saya sudah berjanji untuk berlakon dalam filem Bohsia 2 tetapi jadual penggambarannya bertindan dengan jadual penggambaran filem Kongsi.
“Jadi mereka menawarkan filem SAM sebagai ganti kepada filem yang tidak dapat saya sertai itu,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kereta atas kemenangannya sebagai bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di sini, Selasa.

 Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani.
 
Sam menerima kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
Pelakon itu berkata dia menolak dakwaan terdapat perselisihan faham antara dia dan Skop Production berikutan kegagalannya menyertai KL Gangster.
“Saya menghormati perjanjian saya dengan mereka, jadi saya akan gantikan dengan filem tersebut yang dijangka mula penggambaran pada Julai ini,” ujarnya
Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar.
“Setiap lakonan yang saya buat adalah 70 peratus diri saya yang sebenar dan disesuaikan mengikut skrip yang diberikan.
“Namun begitu saya percaya jika saya asyik bawa watak komedi sahaja, akan sampai satu tahap yang peminat akan bosan,” katanya yang mahu membawakan watak lebih mencabar dan berat.

Shaheizy Sam bersama Nissan Teana bernilai RM140,000 yang dimenanginya.
Selain itu, ketika ditanya tentang soal hati, Sam akui masih takut untuk memulakan hubungan cinta.
“Saya seorang yang pemalu untuk memulakan sesuatu hubungan, ditambah dengan takut cinta saya ditolak.
“Banyak lagi yang perlu difikirkan selain cinta terutama sekali kerjaya saya sekarang memerlukan komitmen yang sangat tinggi,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang kereta Nissan Teana 2.0L yang dimenanginya, Sam memberitahu dia belum ada sebarang perancangan terhadap kereta tersebut.
"Saya sekarang memakai kereta Volvo 40 yang saya hadiahkan kepada mami (ibu) saya. Tapi disebabkan dia jarang keluar rumah, jadi saya yang gunakan kereta tersebut.
"Buat masa ini saya tidak tahu nak buat apa lagi dengan Kereta Nissan ini, saya hanya nak bawa balik rumah dan tunjuk kepada mami," ujarnya.
{[['']]}

Shaheizy Sam Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

http://www.gosipsensasi.co.cc

GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.
Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.


Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.
                                 Fasha Sandha Memenangi Kategori Pelakon TV Wanita Popular

                         Kumpulan Sixth Sense Memenangi Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular
Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja Celcom Axiata Bhd sebagai penaja utama.

Berikut Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali

Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil

Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
{[['']]}

Shaheizy Sam dan Lisa Surihani Sedang Hangat Bercinta??

http://www.gosipsensasi.co.cc

TIBA-TIBA sahaja dua nama yang pernah berkasihan dalam filem berjudul Satu Lagi, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani saling dikaitkan antara satu sama lain.
Bukan setakat teman sebumbung yang bernaung di MIG, kemesraan dan keintiman Lisa dan Sam seperti satu petanda awal. Seperti ada debunga cinta yang bertebaran setiap kali mereka disatukan dalam acara hiburan.
Paling ketara, kemanisan hubungan Sam - Lisa dapat dirasai semua sepanjang sesi jelajah dan promosi Anugerah Bintang Popular yang turut menamakan mereka sebagai antara calon popular.
Lisa dan Sam sama-sama mengakui, hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan, bahkan hubungan itu sudah bermula sejak mereka di bangku sekolah lagi.




Sedang sibuk dengan penggambaran filem Bini-Biniku Gengster, kata Sam, dia bukan bersama Lisa sahaja bahkan dia turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Lisa termasuk arwah bapa Lisa.
"Lisa juga mengenali keluarga saya. Lisa pernah berlakon dengan ibu dan kakak saya, Zizie Ezzette. Saya pula pernah berlakon dengan Lisa, dan ibunya sering mengikutnya ke lokasi penggambaran.
"Secara tidak langsung kami menjadi rapat, tetapi rapat itu tidak lebih daripada seorang teman," kata pelakon terkenal menerusi filem Adnan Sempit itu yang bagai putus idea hendak menjelaskan spekulasi percintaannya.
Sensasi Bintang: Jika bukan Lisa, jadi siapa sedang istimewa di hati Sam ketika ini?
SHAHEIZY SAM: Tidak ada siapa-siapa. Memang saya ada mengenali seseorang tetapi hubungan itu tidak lebih daripada kawan. Macam saya berkawan dengan orang lain juga. Dalam hati saya ini ada bermacam perasaan, takut dan belum sepenuh hati. Ada juga rasa ia masih terlalu awal, nantikan lama-lama, takut tak jadi..

Anda sedang popular, segala sisi, karier mahupun soal peribadi tentang anda sedang diperhatikan, termasuk cerita kekasih?
Shaheizy Sam itu seorang sangat dekat dengan kesempurnaan. Bukan nak kata saya belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya menunggu!
Mungkin wanita itu harus ada kriteria tertentu?
Dia tidak seharusnya sempurna segenap segi, biarlah sederhana tetapi menyentuh hati saya. Kalau boleh, biarlah wanita itu ada sifat-sifat yang comel dan jangan mendesak.
Ramai artis dihambat sensasi kerana kisah peribadi, tapi anda agak sepi dengan cerita sebegitu, adakah Shaheizy Sam itu terlalu perahsia?
Mungkin sebab saya hidup dalam dunia sendiri. Apa yang orang luar lihat, itu adalah saya ketika bekerja.
Pendapat tentang percintaan artis dengan artis?
Cinta itu perasaan dan perasaan tidak boleh ditepis. Kalaulah hati saya tersentuh oleh artis saya terima, begitu juga kalau dari kalangan wartawan, pun saya terima.
Bila agaknya misteri hati anda akan terungkai, ada jangkaan tertentu untuk tamatkan zaman bujang?
Bukan misterilah, saya perahsia sebenarnya tapi itu tak bermakna saya tidak berkongsi cerita dengan orang ramai, boleh. Saya ada masalah. Masalah saya ialah merasakan diri saya seorang yang sangat membosankan!
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger