{[['']]}
LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Lindsay Lohan hari ini dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan kerja sosial selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles kerana mengingkari perintah berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu.
Hakim Stephanie Sautner berkata, aktres berusia 24 tahun itu didapati mengingkari perintah sebelum ini dengan mencuri rantai bernilai AS$2,500 dari sebuah kedai barang kemas di kawasan kediamannya di Venice Beach, Los Angeles.
Susulan itu, peguam Lohan mengumumkan pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman terbaru itu dengan segera.
Lohan turut diperintahkan menjalani hukuman khidmat sosial selama 480 jam di sebuah pusat perkhidmatan komuniti wanita. Beliau dijadual dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$75,000. - AFP
AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach. - Foto Reuters
Post a Comment