Latest Post :
Home » , , , » Kemelut Rumah Tangga Zakiah Anas Terus Berlanjutan

Kemelut Rumah Tangga Zakiah Anas Terus Berlanjutan

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib masing-masing melantik wakil hakam (penimbang tara) yang akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga mereka yang telah berlanjutan sejak dua tahun lalu.
Zakiah yang merupakan pengacara rancangan Bersamamu melantik bekas kadi, Muhammed Shouib Awalludin sebagai wakilnya manakala Mohamad Yusof akan diwakili oleh seorang imam, Mohd Azizi Mohd Yaakob.



Pelantikan hakam itu dibuat secara rasmi pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.
Peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Yaakob bahawa wakil hakam anak guamnya sebenarnya adalah kenalan beliau.
"Ini kerana saudara Zakiah berada jauh di Perak dan ia akan menyukarkan mereka untuk datang ke sini bagi menghadiri perjumpaan hakam. Lebih mudah jika dilantik orang yang menetap berhampiran," katanya.
Mohamad Yusof pula apabila ditanya oleh Hakim Syarie memberitahu, dia dan Mohd Azizi telah bersahabat sejak 10 tahun yang lalu.
Selepas menerangkan tugas seorang hakam, Wan Mahyuddin menetapkan 16 Mei depan untuk hakam berkenaan membentangkan laporan sama ada perkahwinan tersebut masih boleh diselamatkan atau memberi cadangan penyelesaian lain.
Beliau juga mengarahkan supaya hakam-hakam tersebut bertemu sekurang-kurangnya tiga kali sebelum tarikh yang ditetapkan dan memberi peringatan bahawa perbincangan hakam tersebut tidak boleh diganggu oleh individu lain.
Pelantikan hakam dibuat ekoran keengganan Mohamad Yusof untuk melafazkan cerai secara baik terhadap Zakiah walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian berdasarkan laporan jawatan kuasa pendamai yang dilantik sebelum ini.
Pada prosiding hari ini, Mohamad Yusof, 49, masih mempertahankan pendiriannya untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.
"Saya bukan muda lagi. Saya sudah berjanji untuk selamatkan perkahwinan ini. Saya tiada niat lain, hanya janji kepada anak-anak," katanya.
Dia yang pernah berkhidmat dalam bidang media juga memohon agar Wan Mahyuddin dapat menasihatkan Zakiah, yang menurutnya telah meninggalkan rumah dan anak-anak sejak dua tahun setengah yang lalu.
Bagaimanapun, Wan Mahyuddin menjawab: "Kamu sebagai suami, kamu yang patut nasihatkan dia. Kalau isteri sudah tidak suka, ada jalan penyelesaiannya,".
Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.
Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusod menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.
Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini. Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger