Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Main Dadah. Show all posts
Showing posts with label Artis Main Dadah. Show all posts

Julia Sekat Saleem Daripada Berjumpa Dengan Penagih Dadah

Saleem bersama isterinya, Julia.



KUALA LUMPUR: Isteri dan pengurus kepada penyanyi Saleem iaitu Julia memberitahu usaha beliau untuk menyekat suaminya daripada berjumpa individu yang masih terlibat dengan dadah adalah cabaran paling besar bagi memulihkan Saleem dalam kegiatan itu.

Julia atau nama sebenarnya Juliana Bachok, 46, berkata kesabaran itu serta sokongan daripada keluarga akhirnya membuahkan hasil sehingga Saleem berjaya meninggalkan perbuatan buruk tersebut.

"Jika tiada sokongan dan kesabaran sudah pasti usaha saya tidak akan menampakkan hasil untuk menjauhkan dia (Saleem) daripada mendekati anasir-anasir yang membolehkan dia terlibat semula dengan dadah.

"Bagaimanapun saya berani katakan beberapa tahun ini dia sudah berada pada tahap paling baik dalam hidupnya," ujar Julia kepada mStar Onlineketika ditemui pada sidang media Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem kini sudah boleh berdikari dan mampu menguruskan masalah dan tekanan berkaitan kerjayanya dengan baik.

Ada kalanya menurut Julia dia tidak akan menemani Saleem ke mana-mana kerana suaminya itu sudah mampu menguruskan kerjayanya sendiri.

"Pada tahap ini kepercayaan saya kepadanya adalah 100 peratus dan sebab itu saya memberi dia peluang untuk menguruskan sendiri hal berkaitan kerjaya selain membenarkan dia keluar bersendirian,” jelasnya.

Sementara itu, Saleem, 52, pula bersyukur apabila rezekinya semakin murah dengan pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara.

Dia juga merancang untuk mengadakan konsert jelajah di Indonesia sebagai salah satu projek besarnya pada tahun ini.

"Perancangan sedang dibuat dan ada pihak di Indonesia yang berminat untuk menunaikan hasrat saya ini," jelasnya.

Tambah Saleem, dia juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul Bila Orang Dah Benci dalam masa terdekat ciptaan Eddie Hamid.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
{[['']]}

Zack 'New Boyz' Terlepas Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah

Gambar fail menunjukkan Zack dibawa ke mahkamah oleh polis ketika ditahan sebelum ini akibat tuduhan mengedar dadah.
SHAH ALAM: Pemain bes kumpulan New Boyz iaitu Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Januari 2010.


Gambar fail Zack bersama isteri dan anaknya.


Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah. "Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar mengemukakan tujuh saksi sementara pembelaan yang diwakili Puan Sri N Saraswathy Devi memanggil seorang saksi.

Zack ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana akhirnya keadilan berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun di reman di Penjara Sungai Buloh, di sini.

Ditanya mengenai hubungannya dengan anggota New Boyz yang lain, beliau berkata rakan-rakannya sering melawat beliau di penjara dan sepanjang berada dalam tahanan beliau sempat mencipta 12 lagu baharu untuk kumpulannya itu. - BERNAMA
{[['']]}

Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Oleh Adik Tirinya


Zarina Anjoulie


PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya pada Jumaat selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.

Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi dan kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.

Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.

Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.

Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja. - BERNAMA

{[['']]}

Sama-Sama Kita Tunggu Alasan Tak Masuk Akal Dari Zarina Anjoulie

Malu...Zarina Anjoulie bersama teman lelakinya dibawa keluar daripada mahkamah selepas dituduh memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram pada 30 Disember lalu.Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 

Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.


Zarina yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar merah jambu tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM6,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana mereka masih belajar di kolej swasta.

Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2,000 dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu tampil menjaminnya dan dia dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang ikat jamin RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf dari terbabit dengan kontroversi setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.


Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan.
{[['']]}

Lan Pet Pet Minta Maaf Kerana Gelar Linda Onn Bengong

Lan Pet Pet 


Masih lagi ingat dengan kisah pengacara popular, Linda Onn yang tampil meluahkan rasa kesalnya dan terasa hati kerana seorang pelawak negara memanggilnya ‘bengong’ dalam satu acara yang dihadiri orang kenamaan minggu lalu?

Kata Linda Onn, sepanjang dia menjadi pengacara jemputan, dia tidak pernah dipanggil dengan gelaran yang tidak elok.

Kali ini, pelawak itu tampil memberikan penjelasan. Siapa?

Pelawak yang dimaksudkan oleh Linda Onn adalah Lan Pet Pet, salah seorang ahli dalam kumpulan Senario.

Lan sebenarnya terkejut kerana Linda Onn masih lagi menyimpan rasa terasa hati dengan dirinya selepas majlis itu selesai.

Bagi Lan, dia sudah pun memohon maaf kepada Linda Onn dan juga tetamu lain yang turut hadir.

“Terus-terang saya terkejut apabila diberitahu Linda Onn masih terasa dengan gurauan serta lawak yang saya lakukan kepadanya itu kerana saya sendiri sudah meminta maaf atas apa jua ketelanjuran kata-kata saya pada akhir majlis tersebut,” kata Lan yang dipetik dari portal Murai.com.

Linda Onn



Untuk menjernihkan keadaan semula,Lan dengan ikhlas hati memohon maaf sekali lagi atas ketelanjuran kata-katanya itu kepada Linda Onn.

Malah, dia juga berjanji akan menghubungi Linda Onn untuk meleraikan segala rasa tidak puas hati Linda Onn.

“Saya fikir dia sudah boleh menerima permohonan maaf saya dan saya sendiri tidak terfikir dia masih memendam rasa.

“Apa-apa pun, saya mahu minta maaf banyak-banyak pada Linda Onn atas apa yang berlaku kerana apa yang berlaku bukan dilakukan atas niat yang disengajakan,” katanya.

Eloklah Lan sudah pun memohon maaf dengan ikhlas kepada Linda Onn.

Bermasam muka dan menyimpan perasaan tidak puas hati sesama artis bukanlah perkara yang elok.

Tapi, mungkin apa yang terjadi itu boleh dijadikan pengajaran oleh Lan untuk tidak mudah memberikan gelaran yang tidak elok kepada orang lain terutama rakan sendiri.

Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak kata, buruk padahnya. Bahaya!
{[['']]}

Panas!! Gambar Artis Wanita Hisap Ganja Tersebar

Artis kontroversi sedang menghisap ganja.

Nampaknya makin ‘meriah’ dunia hiburan kita dengan kehadiran ramai artis-artis baru.

Namun mereka seolah-olah lupa, bila bergelar artis, secara tidak langsung gerak-geri dan tindakan mereka akan menjadi perhatian, akan menjadi bualan.

Terbaru, khabarnya dah bersebaran foto-foto kononnya milik seorang artis wanita di dalam internet.

Blog hiburan myartis.com ada cerita mengenainya.

Lebih mengaibkan, foto itu pula menunjukkan dia sedang menghisap ganja!


  Gambar-gambar artis tersebut sedang bersosial di parti liar.

Menambahkan perit lagi, ada pula gambarnya dikerumuni beberapa orang pemuda lain di atas katil.

Kalau betullah foto tersebut ASLI, mau berbuih mulut artis wanita ini nak buat penjelasan nanti…ataupun mungkin dia tak kisah? mungkinkah dia juga bangga dengan kelakuan itu?

Kita tunggulah yang punya badan keluarkan ‘statement’ dari mulutnya sendiri. 

CUBA ANDA TEKA SIAPA ARTIS INI??
{[['']]}

Pemain Bass Kumpulan New Boyz Berdepan Hukuman Mati

Zack masih mampu tersenyum ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa, semalam.
 

SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Zack bergaya disamping kereta sport kesayangannya. (Gambar fail)


Zack bersma isteri dan anaknya. (Gambar fail)


Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
{[['']]}

Saiful Apek Terpaksa Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Apek akur dengan keputusan mahkamah. 

SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.

Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.

Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.

Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.

Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.

Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.

"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya,” katanya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Jamal Abdillah Akui Pernah Mencipta Lagu Mengenai Ganja



Tahniah kami ucapkan pada Jamal Abdillah kerana masih lagi mewarnai industri hiburan tanahair dan juga kerana singlenya yang berjudul “Aku Maafkan Kamu” bersama Malique telah mencatat jumlah tontonan yang mengejutkan di laman Youtube.

Untuk pengetahuan, Jamal Abdillah telah meraikan hari lahirnya yang ke-53 pada 7 Mei lepas dan semalam, dia telah dikejutkan dengan parti harijadi yang dirancang oleh pihak Warner Music di Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara. Kejutan ini turut diserikan lagi dengan persembahan mantap oleh beberapa orang peminat setia Jamal Abdillah.

Dalam pertemuan OHBULAN! bersama penyanyi yang cukup dikenali dengan vokalnya yang mantap ini, Jamal Abdillah telah mendedahkan beberapa perkara yang kami pasti bukan setakat umum tidak tahu malahan peminat dan orang yang juga rapat dengan dirinya.

Terkejut juga kami apabila mendapat tahu bahawa Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah pernah mencipta lagu berinspirasikan marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja. Jamal yang pernah menjalani pemulihan dadah selama 5 tahun di Rumah Pengasih telah mengakui bahawa dia ada menyimpan lirik lagu berjudul “Kuhidu Bunga Berbisa” yang merujuk pada daun ganja.

“Tajuk lagu ini adalah berkenaan dengan sejenis bunga popi (opium) yang ditukar oleh manusia menjadi sesuatu yang beracun,” jelas Jamal Abdillah mengenai tajuk lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, Jamal masih belum berfikir samada lagu itu akan dilancarkan secara rasmi kepada umum atau hanya akan disimpan secara peribadi olehnya.

Dalam pada itu, Jamal turut memberitahu bahawa dia tidak akan bersara dari dunia muzik walaupun umurnya semakin meningkat.

“Harapan saya, saya ingin berada di persada seni ini sehingga bila-bila. Saya tak mahu bersara,” tegas Jamal Abdillah.

Semoga Jamal Abdillah akan terus menghiburkan para peminat dengan lagu-lagunya yang sentiasa menjadi siulan ramai.

Kredit Sumber: www.ohbulan.com
{[['']]}

Radhi OAG Dah Penat Jadi Hamba Dadah

Radhi OAG


PEMINAT rock alternatif mesti kenal dengan penyanyi yang dilahirkan pada 1978 di Kuching, Sarawak ini. Muhamad Radhi Razali atau lebih mesra dengan panggilan Radhi OAG mencipta nama besar melalui gabungan irama 60-an dan alternatif 90-an. Maka lahirlah lagu hit 60’s TV.

Kes rumah tangga yang jadi bahan paparan utama akhbar tempatan turut mengundang kontroversi. Begitu juga apabila bapa kepada seorang anak ini menyerah diri ke Rumah Pengasih, membuatkan peminatnya lega kerana itu jalan terbaik untuk menjauhkan diri daripada najis dadah.

Pertemuan di Bilik 7, baru-baru ini jelas membuktikan Radhi tetap seperti dulu, mesra, ceria dan mudah bekerjasama. Cuma dalam setiap perbualannya diselitkan dengan Subhanallah, Masya-Allah dan Alhamdulillah. Kini dia semakin menghargai erti sebuah kehidupan.

Bilik 7 dedah rahsia 13 selebriti.


Pengenalan Bilik 7 kali ini sungguh berbeza. Radhi dibawa masuk oleh anggota polis ke bilik siasatan dengan keadaan mukanya tertutup.

Gempak! Satu gimik yang sangat menarik Bilik 7 yang mahu mencipta dramatik!

Radhi tahu bahawa konsep Bilik 7 bukan membuka aib selebriti, tapi memberi peluang dan ruang untuk mereka berterus-terang. Dia bersetuju dan bersedia membuka cerita kerana ini adalah satu platform mendekati peminatnya yang sudah lama menunggu produk terbaru OAG.

Dulu wajah Radhi nampak pucat dan kurus, tapi sekarang sedikit berisi dan wajahnya segar berseri! Ini adalah petanda dia bebas daripada simptom dadah sepenuhnya!

Apa yang membuatkan Radhi mengambil dadah ketika berada di puncak? Itu antara soalan panas yang disediakan penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini. Dia tidak terkejut mendengarkan soalan itu, tapi dengan wajah ceria dia memulakan pengakuan sebenar.

“Saya terbabit dengan pengambilan dadah kerana terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat seperti idola kumpulan rock saya. Ketika itu saya hanya membayangkan saya ingin menjadi seperti mereka begitu hebat dalam menulis lagu, membuat rakaman berkualiti dan persembahan yang mendapat sambutan.

“Tapi ternyata cara itu salah serta merugikan kerjaya dan wang ringgit,” kata Radhi dalam nada kekesalan yang tak mampu diucapkannya.

Radhi mula mengambil dadah sejak berusia 15 tahun dan kenapa baru sekarang ini terlintas untuk berhenti dan membuang tabiat buruk itu? Terkebil-kebil dia hendak menjawab soalan itu, mungkin sukar untuk membuka keseluruhan rahsia yang tertutup rapat.

“Saya mahu berubah kerana anak dan rumah tangga. Kesedaran itu sudah lama ada dalam diri, tapi saya belum bersedia. Itu adalah perkataan paling sesuai. Apabila rumah rumah tangga saya tak mampu dipertahankan, diikuti paparan kes perceraian kami yang menjadi tumpuan akhbar dan TV, menimbulkan keinsafan yang mendalam. Saya hilang segala-galanya!

“Saya sudah penat menjadi hamba dadah. Niat berhenti itu memang ada, tapi kadang-kadang waktunya tidak sesuai. Dan hidup saya menjadi tidak terurus akibat dadah. Pelbagai dugaan yang saya lalui untuk mendapatkan ‘barang’. Dalam kepala saya hanya memikirkan dadah, bagaimana hendak mendapatkannya dan mencari duit untuk membelinya.

“Dadah menjadi keutamaan, saya tak boleh hidup tanpanya. Pernah terjadi saya terkincit dalam seluar ketika ditahan polis. Ketika itu saya rasa sangat takut. Peliknya, itu masih belum lagi menyedarkan saya,” katanya.

Dia pernah berkali-kali cuba berhenti walaupun sedar bukan mudah bagi penagih tegar sepertinya berbuat demikian.

“Saya pernah cuba berhenti ambil dadah. Berjaya untuk beberapa bulan kemudian jatuh dan ambil semula. Dulu lain, mungkin sebab saya masih muda. Kini saya dah berusia dan anak pun dah berusia tujuh tahun. Saya mesti lakukan sesuatu.

“Semuanya ini datang daripada Allah! Tiba-tiba saya tergerak hati untuk berhenti sebelum ditangkap polis dan ditempatkan dalam penjara atau pusat pemulihan. Saya tak mahu semua itu berlaku pada saya. Terus terang saya lakukan semua ini demi kasih sayang saya pada anak, Muhammad Rifdhi Musli.

“Saya tak mahu anak saya mengikut jejak saya. Percaya tak, saya pernah lihat sendiri teman saya boleh hisap dadah bersama anaknya yang berumur 9 tahun dan saya tak mahu ia berlaku pada saya. Ya, Allah jauhkan itu semua!

“Maka dengan tawakal dan reda, tanpa paksaan daripada sesiapa saya pergi sendirian ke Rumah Pengasih. Hanya itulah tempat terakhir untuk saya minta bantuan. Alhamdulillah, kehadiran saya diterima dengan senang hati. Semua penghuni di situ memberi saya sokongan moral,” katanya.

Di Rumah Pengasih, Radhi menemui jalan keluar. Selepas beberapa bulan tinggal di situ, sikapnya mula berubah.

“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang tanpa dadah. Kehadiran saya di sini bukan sebagai selebriti, tapi manusia yang memerlukan bantuan. Dari hari pertama lagi saya minta agar tidak diberikan sebarang keistimewaan. Saya melalui detik penyembuhan itu dengan semangat yang tinggi.

“Awal pagi saya sudah bangun. Sebelum ini saya bangun lambat tapi di sini, kami bangun sebelum Subuh untuk solat berjemaah. Diikuti senaman dan membuat kerja-kerja harian. Menjelang jam 11 barulah ada masa untuk berehat. Jadual saya sentiasa padat tapi saya gembira. Ini membuatkan saya mampu atasi ketagihan itu.

“Saya juga sering diundang ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah kempen jauhi dadah. Saya senang lakukan semua ini demi keinsafan yang timbul dari dalam diri saya semoga tidak ada remaja di luar sana yang terjerumus dalam najis dadah,” sambungnya.

Biasanya penagih yang sudah berhenti dan akan jatuh semula apabila dipujuk rakan yang masih menagih. Radhi sedar situasi itu, bagaimana cuba diatasi sebaik mungkin.

“Saya optimis dengan kekuatan jati diri dan mampu mengatasi masalah penagihan ini. Doakan saya agar dapat bertahan untuk selama-lamanya. Sesekali saya terfikir sudah banyak duit yang saya bakar! Seandainya, saya tidak mengambil dadah dari dulu mungkin saya sudah memiliki beberapa buah rumah dan kereta.

“Bayangkan begitu banyak duit yang saya gunakan untuk memenuhi ketagihan. Menyesal? Dah terlambat!

Ada lagi yang dikongsikan Radhi dalam Bilik 7 malam ini, pada jam 9 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

Kredit: Sumber
{[['']]}

Punca Kematian Whitney Houston Terjawab!!


HASIL autopsi ke atas mendiang Whitney Houston mendapati tubuh penyanyi itu binasa kerana kesan calar, luka dan terbakar.

Penyalahgunaan dadah dan alkohol selama bertahun-tahun itu juga telah mengakibatkan kerosakan pada hati dan jantungnya, kesan lubang di hidung dan kehilangan 11 batang gigi.

Autopsi tersebut turut mengenalpasti


Ketika mendiang ditemui mati di tab mandi di hotel Beverly Hilton, Los Angeles pada Februari lalu, terdapat kesan jarum suntikan pada lengan dan dia berada di bawah pengaruh sembilan jenis dadah.

Bukti=bukti yang mengerikan daripada pihak polis dan pasukan perubatan mendedahkan bahawa kulit pada bahagian belakang badannya melecur ketika mayatnya ditemui terapung di dalam tadahan air panas dalam tab mandi tersebut.

Kejadian itu turut mengakibatkan kulit kakinya mengendur. Sumber-sumber berkata suhu air di dalam tab mandi itu ketika dia menenggelamkan tubuhnya adalah kira-kira 66°C (150°F).

Difahamkan, suhu air di dalam tab mandi itu adalah pada 33°C (91.4°F), selepas enam jam dia ditemui mati.

Menurut sumber perubatan, Houston pasti berada di bawah pengaruh dadah yang tinggi sehingga dia tidak menyedari kehangatan suhu air di dalam tab mandi itu.

Selain itu, satu sudu dadah jenis kokain turut ditemui di suite hotelnya. Kesan-kesan dadah lain yang ditemui di dalam tubuhnya termasuklah marijuana, anxiety pills Xanax, muscle relaxant Flexeril, allergy medicine Benadryl dan painkiller Ibuprofen.

Tubuhnya turut dicemari kesan parut daripada pembedahan kosmetik yang dilakukannya beberapa dekad lalu, hentakan botol minuman keras dan lebam akibat jatuh yang dipercayai berpunca daripada percubaan bunuh diri.

Autopsi itu turut mengenalpasti beberapa kesan di bahagian perut, dada dan bahagian atas paha kirinya kerana pembedahan kosmetik termasuk implan payudaranya.

Sumber berkata, kesan calar di bahagian bawah lengan kirinya mungkin disebabkan oleh kecederaan yang disengajakan oleh penyanyi itu.

Sehari sebelum kematiannya, dia dilihat keluar daripada beberapa kelab malam di LA dalam keadaan terhuyung-hayang dan kaki serta lengannya berdarah.

Beberapa teman penyanyi itu mendakwa dia cuba mengelar dirinya sehingga mati di dalam tandas selepas melihat kekasihnya Ray-J berbual mesra dengan beberapa wanita lain.

Tubuhnya juga mempunyai beberapa kesan luka dan lebam, dipercayai akibat terjatuh di dalam bilik air pada hari dia ditemui mati.

Gaya hidupnya itu turut mengakibatkan kerosakan pada arteri jantung sehingga 60 peratus.

Penyalahgunaan kokain selama bertahun-tahun itu memberikan kesan pada bahagian mulut dan hidungnya.

Laporan autopsi berkata dia menderitai masalah perforated posterior nasal septum kerana tabiat itu, sama seperti aktres Danniella Westbrook yang pernah terjebak dengan masalah penagihan kokain.

Laporan itu juga mengesahkan punca sebenar kematian penyanyi itu adalah lemas secara tidak sengaja, selain masalah jantung dan penggunaan kokain berlebihan turut menjadi faktor penyumbang.

Kini, anak perempuan Houston iaitu Bobbi Kristina, 19, dikhuatiri akan meratapi kematian ibunya dengan penagihan dadah jenis marijuana, minuman keras dan pil penenang kerana.

Sumber berkata: “Harta peninggalan Whitney adalah mencukupi untuk Bobbi terjebak kepada gaya hidup liar dan penyalahgunaan dadah, dan akhirnya berkesudahan seperti ibunya.
{[['']]}

Jamal Abdillah Sedih Kerana Diarah Keluar Dari Rumah Pengasih



INILAH bangunan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur tempat Jamal Abdillah berlindung sejak hampir lima tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.
Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.
Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.
"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.
"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


‘Saya sedih, terkilan’


PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi ‘penghuni istimewa’ selama lima tahun.

Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.

“Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

“Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ,” katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.

Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.
Oleh Murshid Eunos
{[['']]}

Penyanyi Amy Winehouse ditemui mati di rumah barunya

                             Winehouse (gambar) berusia 27 tahun.

LONDON, 24 Julai 2011-Amy Winehouse, salah seorang penyanyi paling berbakat di kalangan generasi beliau menerusi lagu popular “Rehab” dan berhadapan dengan masalah dadah dan alkohol, meninggal dunia di London petang semalam.

Pemenang anugerah Grammy ini ditemui mati di rumah barunya di Camden, utara London, sebulan selepas program jelajah Eropah dibatalkan ekoran satu prestasi mengaibkan di Serbia.

Winehouse mengadakan persembahan di Serbia Jun lalu tetapi berhadapan dengan ejekan ekoran persembahan buruk yang dikaitak dengan pengaruh alkohol.

Laporan Reuters menyebut polis dipanggil ke rumahnya sekitar pukul 3 petang (waktu London) dan mayatnya telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Laporan media menyebut artis ini gagal keluar daripada tabit mengambil dadah dan minuman keras.

“Siasatan diteruskan mengenai persekitaran kematian dia,” kata penguasa polis Raj Kohli.

Laporan BBC pula menyebut dia baru sahaja menghabiskan kursus pemulihan alkohol di London dan berada dalam arahan keras tidak boleh mengambil alkohol.

“Pada tahap awal ini ia dianggap sebagai (kes) tidak dapat dijelaskan (punca kematian) dan tiada tangkapan berhubung insiden ini,” katanya.
Raj juga berkata laporan-laporan bahawa Winehouse meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan hanya spekulasi buat masa sekarang.




Universal dalam satu kenyataannya berkata: “Kami sangat sedih dengan kehilangan secara tiba-tiba seorang ahli muzik, artis dan penyampai persembahan yang berbakat.”
Penyanyi British ini dibawa ke pentas muzik oleh Tyler James ketika dia berusia 16 tahun dan menghasilkan album pertama “Frank” pada 2003.

Album keduanya “Back to Black” dikeluarkan pada Oktober 2006, sekali gus memenangi lima anugerah Grammy.

Album itu menghasilkan lagu-lagu popular termasuk “You Know I’m No Good”, “Love Is a Losing Game” dan “Rehab”.
Lagu “Rehab” antara lain membawa lirik “They tried to make me go to rehab. I said ‘no, no, no’.”

Lahir pada 14 September 1983 kepada keluarga Yahudi yang mempunyai sejarah muzik jaz, kehidupan peribadi Winehouse sentiasa menghiasi akhbar-akhbar tabloid Britain, kata laporan Reuters.
{[['']]}

Semoga Kisah Ameng Spring Menjadi Iktibar Kepada Semua

http://www.gosipsensasi.co.cc



SEBAB nila setitik rosak susu sebelanga, sebab dadah durjana, keluarga penyanyi popular bernama Ameng ini berdepan situasi yang perit. Semoga kisah Ameng, penyanyi kelahiran Besut, Terengganu ini menjadi iktibar kepada semua kerana setiap manusia itu tidak pernah sempurna kejadiannya.

BENARLAH, melepaskan insan tersayang untuk berdepan sebuah hukuman itu terlalu perit. Pedihnya sampai tidak tergambar oleh kata-kata. Mungkin, hanya individu terpilih sahaja diberikan ujian sebegitu dan mampu menangani saat itu.
“Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik,” itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya.
Sebaknya dapat dikesan walaupun penulis sekadar berhubung di talian telefon. Tangisnya bermula seawal khabar dirinya, penulis usulkan. Dia Sabariah Zakariah, 41, seorang isteri dan ibu yang sedang teruji di segenap penjuru.
“Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak, dia tidak jahat. Jahat sangatkah dia sampai begitu sekali hukuman yang diterima,” rintihnya dalam nada yang tersekat-sekat, bagai tangis yang basah bersiram di setiap urat darah.
Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.
“Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.
“Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama,” kata Sabariah.
Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.
Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.
Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.
“Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.
Serik hidup di penjara
“Ameng rela hati mahu mengaku bersalah supaya dia yang menanggung segala hukuman. Dia reda dan mahu saya bebas untuk terus menjaga amanah kami (anak). Dia tak mahu melibatkan saya dan anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya tapi setidak-tidaknya, saya sudah kenal perit hidup dipenjara. Dua bulan saya terkurung, terpinga-pinga dan menanggung sengsara yang amat sangat, rindukan anak dan suami. Perasaan dalam penjara itu sangat berlainan.
“Itu baru dua bulan, inikan pula untuk tempoh selama lapan tahun. Saya boleh bayangkan azab yang akan ditanggung Ameng tambah lagi dengan 10 sebatan. Saya tahu, dia bukan jenis yang kuat,” luah Sabariah.
Bukan merintih merayu simpati, jauh sekali meminta bantuan, Sabariah hanya mahukan pengertian. Dia juga tidak sedih atau terkilan. Sepanjang kes berjalan, tiada seorang pun rakan atau pihak dalam industri hiburan yang muncul bertanya khabar. Sampai ke tahap itu, hinanya mereka di mata umum.
“Ameng sudah reda, dia juga pesan supaya saya jangan berdendam dengan sesiapa, jangan menidakkan kerja pihak media, jangan marah jika dicemuh masyarakat. Saya reda dengan semua ini. Selepas saya dibebaskan, hanya Iskandar, salah seorang bekas ahli kumpulan Spring yang berhubung dengan saya. Dia yang banyak memberi sokongan. Saya hargai sangat sesiapa yang hubungi saya bertanyakan khabar,” katanya yang kini menetap bersama anak dan keluarga di Melaka.
Nasib ada keluarga serta kawan-kawan yang memberi sokongan dan setelah hampir seminggu dibebaskan, wanita itu masih tidak ke mana-mana, tidak mampu untuk bertemu sesiapa.
“Saya jadi takut untuk jumpa orang. Nak tengok akaun Facebook pun takut. Pantang duduk seorang, pasti menangis,” katanya yang sudah memasang tekad untuk pulih daripada sejarah hitam.
Tutup perbualannya, doa Sabariah, biarlah Ameng tenang menadah hukuman dunia.
“Semoga dia tenang dan sentiasa mengingati Tuhan,” ungkapnya perlahan.-kosmo
{[['']]}

Ameng Spring Di Hukum Penjara 8 Tahun Dan 10 Sebatan

Ameng digari ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.

http://www.gosipsensasi.co.cc


MELAKA – Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua.
Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamin seberat 0.22 gram.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. –Bernama
{[['']]}

Lady Gaga Akui Suka Hisap Ganja Sewaktu Mencipta Lagu

http://www.gosipsensasi.co.cc

Los Angeles- Bukan hanya setakat gemar membuat persembahan yang erotik serta mengenakan fesyen pakaian yang pelik-pelik, sebaliknya penyanyi dan penghibur Lady Gaga juga mengakui mempunyai beberapa sifat dan tabiat yang buruk.
Salah satu daripadanya ialah menghisap ganja tatkala menulis lagu.
"Saya suka menghisap banyak ganja waktu saya menulis lagu dan saya juga suka minum whiskey," kata Gaga sewaktu diwawancara Aceshowbiz.
Pemilik nama lengkap Stefani Joanne Angelina Germanotta itu turut memberitahu bahawa dia membuat pengakuan itu kerana tidak mahu bersikap hipokrit terhadap peminatnya.
Malah, pelantun Bad Romance dan Poker Face ini juga berharap dengan pengakuan daringnya, peminatnya tidak akan mencontohi apa yang dilakukannya.



"Saya tidak mau berbohong kepada para penggemar saya tapi dalam waktu yang sama, saya tidak mahu anda semua mencontohi diri saya," ucapnya.
Sewaktu menghadiri dan menjayakan Anugerah Grammy Ke-53 pada Ahad lalu, Gaga berhasil meraih tiga anugerah bagi kategori Best Pop Vocal Album, Best Female Pop Vocal Performance dan Best Short Form Music Video.
{[['']]}

Benjy Lafaz Talak Dan Rujuk Kembali

http://www.gosipsensasi.co.cc
                                                   Benjy dan Safiya
                                                                    
KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.
Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.
Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.


                   Benjy bersama isteri dan ibu, Azean di luar mahkamah, semalam. 

Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.
Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.
Beliau juga memutuskan bahawa lafaz rujuk tersebut sebagai sah dan pasangan itu masih lagi sebagai suami isteri.

    Benjy telah ditahan kerana tuduhan memiliki dadah pada Mac tahun lalu.

Benjy dan Safiya berkahwin pada 19 Februari 2004 di Pejabat Agama Islam, Petaling Jaya, dekat sini dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.
Prosiding itu dibuat di dalam kamar selepas peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya membuat permohonan agar kes tidak dijalankan di mahkamah terbuka.
“Anak guam saya tidak berhasrat untuk menceritahkan beberapa kejadian yang berkaitan dengan permohonan itu di mahkamah terbuka, selain defendan (Benjy) mempunyai kes di Mahkamah Sivil,” katanya.
Permohonan tersebut tidak dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Benjy, yang juga anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty.
Terdahulu, Benjy yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor kerana kesalahan dadah tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki van penjara dan dikawal oleh empat orang kakitangan penjara.
Safiya yang merupakan seorang penyambut tetamu pula hadir bersendirian manakala Azean dan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi hadir pada pukul 8.45 pagi.
Safiya yang memakai baju kurung berwarna biru dan berselendang hitam dilihat berbual-bual dengan Benjy sebelum prosiding mahkamah bermula.
Pelakon Kerana Cintamu Saerah itu sedang dibicarakan atas tuduhan memiliki dadah jenis Syabu sebanyak 0.14 gram di rumah C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru pada pukul 3 petang, 11 Mac tahun lalu.
Selain itu, dia juga menghadapi pertuduhan memiliki 0.24 gram dadah yang sama pada pukul 4 petang hari yang sama di rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bagi kes tersebut dijalankan di Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini dan akan pada 18 April depan.
{[['']]}

Ameng Spring mengaku salah miliki dadah

http://www.gosipsensasi.co.cc


AYER KEROH: Vokalis kumpulan rock terkenal Spring, Ameng, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.



Mengikut pertuduhan pertama, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dan isterinya, Sabariah Zakariah, 41, didakwa memiliki dadah jenis kanabis dengan berat kasar 122 gram dalam sebuah bilik di Hotel Senyum Mesra pada kira-kira 5.20 petang.
Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua dakwaan terbabit.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) akta sama dan Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau minimum tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, hukumannya didenda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
{[['']]}

Ameng Spring kantoi lagi

http://www.gosipsensasi.co.cc




REAKSI selamba Ameng dan isteri ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Dalam serbuan Ops Tapis kira-kira jam 5.20 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri turut menahan seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai isteri kepada penyanyi berkenaan.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kegiatan penyanyi berusia 40-an itu melakukan intipan sebelum menyerbu bilik hotel berkenaan untuk membuat pemeriksaan.Menurutnya, anggota polis mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan terbabit sebelum seorang wanita membukanya dan polis masuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik anggota polis memasuki bilik, penyanyi terbabit duduk di atas kerusi dan pemeriksaan pada tubuhnya, tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu ketulan daun kering dipercayai ganja, empat peket lutsinar mengandungi syabu dan empat peket lutsinar berisi ganja dalam beg di dalam bilik mereka.

“Malah, saringan awal ujian air kencing mendapati penyanyi itu positif dadah jenis methapetamin manakala isterinya negatif ujian itu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anak kepada pasangan terbabit yang turut berada dalam bilik berkenaan diserahkan kepada waris keluarganya.

Katanya, setakat ini polis sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Ayer Keroh menahan reman pasangan terbabit selama tujuh hari sehingga Selasa depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Jaafar Mat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas penyanyi lelaki terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas pasangan berkenaan berhubung kesalahan memiliki dadah, selain kesalahan memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berkenaan hanya selamba apabila jurugambar merakamkan wajahnya yang berjalan keluar menuju ke trak polis selepas permohonan reman diperoleh daripada mahkamah, malah sempat meminta beberapa batang rokok daripada beberapa lelaki dipercayai saudara maranya.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan penyanyi itu membela diri terhadap tuduhan memasukkan ganja ke tubuhnya pada 2 April 2010.

Selain kes dadah, dia berdepan satu lagi kes mahkamah apabila bekas isterinya A.Aida memfailkan tuntutan nafkah anak mereka yang dikatakan tidak dijelaskannya.
{[['']]}

Selepas 14 Tahun Menagih Dadah,Radhi OAG Masuk 'Pengasih'




KUALA LUMPUR: Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali,33, yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin lalu.
Enggan menuding jari kepada sesiapa, Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu.


Dia tidak mahu tabiat buruknya itu mengecewakan anak tunggalnya, menyebabkan naluri meronta-ronta mahu melakukan penghijrahan terbesar da lam hidupnya.
Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih.


“Saya nekad dan memandu sendiri ke Pengasih. Syukur, Allah SWT masih beri saya peluang berpijak dalam industri. Saya sifatkan ini peluang terakhir.

“Sungguh... saya menyesal. Saya asyik ulang kesilapan sama dan sebagai bapa, ia tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang kucar-kacir dan ketidakstabilan karier menyedarkan saya.

“Saya tidak mahu anak membesar dalam suasana tidak sihat. Pasti hatinya hancur jika saya hanyut dalam kancah sosial.

“Lima tahun saya hilang daripada industri disebabkan tabiat buruk ini. Pernah sebelum ini saya cuba bebaskan diri daripada dadah dengan mengikuti beberapa program pemulihan, tapi tak berjaya. Mungkin masuk Pengasih jalan terbaik.


“Lagipun Pengasih badan profesional dan diiktiraf pelbagai pihak. April lalu, Pengasih pernah tawarkan saya mendapatkan rawatan tetapi saya tolak kerana yakin mampu mengatasi sendiri masalah ketagihan ini.

“Bagaimanapun, saya gagal dan diharap keputusan yang saya ambil kali ini boleh pisahkan terus saya daripada dadah,” katanya kepada Metro Ahad.

Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif.

Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat.


“Setidak-tidaknya saya tidak menipu diri sendiri dan peminat. Ramai artis di Malaysia berdepan masalah seperti saya, tapi mereka hipokrit. Mereka sanggup simpan masalah ini sendirian hingga memakan diri sendiri.

“Saya tidak malu mengaku saya ambil dadah. Sebagai penyanyi, saya hak masyarakat dan menjadi tanggungjawab saya berkongsi cerita ini dengan mereka. Saya tidak melihat ia sebagai perkara mengaibkan.

“Sepanjang di Pengasih, saya akan berkongsi pengalaman supaya ia dapat jadi iktibar dan dalam masa sama memangkin semangat penagih tegar lain untuk sama-sama membebaskan diri daripada cengkaman dadah.

“Jika tiada aral, saya akan abadikan pengalaman saya dalam buku berjudul Seksa Dada dan Rock n Roll. Diharap dalam Pengasih nanti saya dapat berkongsi lebih banyak tips dengan Abang Jamal,” katanya.

Radhi berkata, dia berterima kasih kepada keluarga, bekas isteri, Shazlin Sharif, anak, Mohd Rifdhi Muslim, rakan dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan sehingga menguatkan semangatnya untuk menjalani pemulihan di Pengasih.

“Saya juga mahu memohon maaf di atas segala perlakuan dan masalah yang saya timbulkan sebelum ini. Kepada keluarga, rakan, individu dalam industri muzik dan wartawan... maafkan saya,” katanya.

Ditanya pengalamannya di Pengasih, Radhi mengakui pada peringkat awal sememangnya mencabar, namun tekadnya untuk berubah membuatkan dia bersedia mendepani cabaran yang dilalui.

“Mental kena kuat, tetapi saya tenang di sini. Selain mahu meninggalkan terus dadah, saya juga mahu mendalami ilmu agama yang saya abaikan sebelum ini, termasuk belajar mengaji,” katanya.

Pelakon Antoo Fighter ini tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur apabila Warner Music Malaysia sudi melamarnya sebagai artis syarikat rakaman biarpun kerjaya seninya tercalar teruk dek penangan dadah.

Kepercayaan diberikan syarikat rakaman itu secara tidak langsung melahirkan semangat baru dalam dirinya untuk tampil lebih serius selepas ini.

Kata Radhi, dia sudah merakam beberapa lagu dan single akan diperdengarkan selepas kontrak bersama Warner ditandatangani.

“Saya berbesar hati dengan keyakinan diberi Warner. Mereka faham keadaan saya yang memerlukan sokongan mental dan spiritual. Barangkali pengalaman menjaga Jamal selama lima tahun memudahkan mereka berurusan dengan saya.

“Setakat ini saya selesa dengan Warner. Sebelum keluar dengan album penuh, saya akan hasilkan album kompilasi terlebih dulu. Anggaplah ia sebagai salam pengenalan saya apabila kembali aktif di persada muzik tanah air.

“Biarpun bermastautin di Pengasih, aktiviti seni saya akan berjalan seperti biasa. Saya akan menjayakan persembahan dan merakam lagu di studio tetapi dengan kawalan ketat pekerja Pengasih. Dalam keadaan sekarang, saya perlukan orang untuk mengawasi saya.

“Mohon saya pada rakyat Malaysia, doakanlah saya pulih sepenuhnya. Moga keputusan saya masuk Pengasih menjadi ikutan penagih lain,” katanya yang kini menemui cinta baru.
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAKILAWATI ABD RAHMAN
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger