Latest Post :
Home » , , , » Populariti Ziana Zain masih menyengat

Populariti Ziana Zain masih menyengat

{[['']]}


SIAPA kata apabila sudah berusia dan berumah tangga artis akan semakin hilang taring. Pokok pangkalnya adalah pada diri artis itu sendiri. Cik Normah perhatikan di laman sosial facebook milik Anugerah Bintang Popular Berita Harian contohnya, nama penyanyi bervokal lantang, Ziana Zain paling banyak disebut selain Adira dan Shahir.


Walaupun Ziana Zain sudah berusia tetapi peminat-peminatnya masih lagi menyayangi penyanyi itu. Memang hebat peminat Ziana melobi untuk artis kesayangan mereka itu. Jika tak silap Cik Normah, tak ada pun artis berpengalaman yang mendapat perhatian sehebat Ziana.
Cik Normah belek-belek juga laman facebook ABPBH2010, tetapi memang hanya nama Ziana Zain saja yang masih bertakhta di hati peminatnya. Nama artis lain yang berpengalaman dan lama seperti Ziana tak pula kelihatan.
Bukan sekali dua Cik Normah belek tetapi setiap kali daftar masuk, Cik Normah pasti akan belek. Tetapi memang tidak ada nama penyanyi mahupun pelakon lama kecuali Ziana.


Kalau begini gayanya, tidak mustahil Ziana Zain akan pulang membawa trofi pada acara berprestij yang akan berlangsung tanggal 3 April depan. Silap-silap gelaran Bintang Paling Popular boleh menjadi miliknya. Paling tidak pun untuk kategori Penyanyi Wanita Popular. Tapi Cik Normah nak ingatkan kepada peminat setia Ziana Zain, janganlah setakat melobi di dalam FB tetapi tiada sebarang inisiatif diambil untuk mengundi Ziana Zain menerusi akhbar Berita Harian.










Kalau setakat melobi di dalam FB, semua orang boleh buat. Janganlah sibuk melobi di FB tetapi akhirnya pada acara sebenar, peminat Ziana Zain hanya mampu menggigit jari saja. Waktu itu jangan pula salahkan kami di Berita Harian ya, sebab kami tiada kuasa nak tentukan siapa patut menang.  
Oleh Normah Becok
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger