Latest Post :
Home » , , , » Akhirnya Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Bercinta

Akhirnya Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Bercinta

{[['']]}


PETALING JAYA: Teka-teki mengenai kisah cinta pasangan artis Sharnaaz Ahmad, 27, dan Shila Amzah, 22, akhirnya terjawab apabila mengumumkan status hubungan cinta mereka.
Pasangan tersebut yang ditemui pada pelancaran slot terbaru TV9, 9X di Yayasan Seni, Persiaran Ritchie di sini, malam Khamis.
Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.
"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.

Shila dan Sharnaaz kini adalah pasangan kekasih. 



"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya.
Tambah Sharnaaz, sebelum ini, walaupun khabar angin mengatakan dia dan Shila sudahpun menjalinkan hubungan cinta, mereka sebenarnya masih lagi berkawan biasa dan nafi sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan peminat dan pihak media.
Pasangan ini memberitahu, mereka bertemu kali pertama pada dua tahun lalu ketika dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi oleh seuah majalah hiburan namun Shila langsung tidak menunjukkan minat terhadap Sharnaaz.
Mereka mula berkawan selepas Shila menghantar SMS kepada Sharnaaz mengenai lakonannya dalam drama Ungunya Cinta dan mula keluar bersama lima bulan yang lalu.
Sementara itu, bertanyakan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pula, mereka enggan tergesa-gesa.
"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali.
"Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak," ujar Sharnaaz.
Beritahu Shila pula, walaupun umur Sharnaaz sudah sesuai untuk bergelar suami, penyanyi muda itu mengakui dia belum bersedia daripada segi mental dan fizikal.
"Perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan kalau boleh saya mahu mempersiapkan diri untuk menempuh fasa itu kerana ingin memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.
"Biarlah kami betul-betul bersedia. Doakan agar perhubungan kami berkekalan dan menuju ke arah kebaikan,” tutur Shila.

Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger