Latest Post :
Home » , , , » Justin Timberlake Akhirnya Berkahwin Dengan Tunangnya,Jessica Biel

Justin Timberlake Akhirnya Berkahwin Dengan Tunangnya,Jessica Biel

{[['']]}
Pasangan pengantin baru Justin Timberlake dan Jessica Biel
 

SELEPAS lima tahun bercinta, penyanyi dan pelakon, Justin Timberlake akhirnya berkahwin dengan tunangnya, yang juga seorang pelakon, Jessica Biel dalam sebuah majlis tertutup yang dirahsiakan, di bandar Fasano, selatan Itali, semalam.

Pasangan sama cantik sama padan itu berkata kepada majalah People, “rasa indah bila dapat berkahwin."

"Majlis juga berjalan lancar dan rasa istimewa apabila majlis perkahwinan kami dapat dikongsi bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan kami semua," kata mereka.

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis perkahwinan itu ialah hos, Jimmy Fallon, rapper Timbaland dan Andy Samberg.

Timberlake, 31, dan Biel, 30, sebelum ini sangat berahsia mengenai segalam maklumat berkaitan persiapan dan lokasi perkahwinan mereka agar ia tidak terdedah kepada media dan umum.

Malah, tetamu yang diundang juga tidak mengetahui lokasi sebenar sehingga tiba pada hari bersejarah buat kedua-dua pasangan glamor Hollywood itu.

Majlis perkahwinan mereka disaksikan oleh 80 tetamu di sebuah gereja di sebuah resort bertaraf lima bintang, Borgo Egnazia Resort.

Pasangan Timberlake-Biel mengikat pertunangan Disember lalu semasa mereka bercuti bersama di Jackson Hole, Wyo.

Ini perkahwinan pertama bagi kedua mereka.

Timberlake yang mula mencipta nama dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan pop N’sync sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan ratu pop Britney Spears dan pelakon Cameron Diaz.


Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger