Latest Post :
Home » , , » Final Piala Malaysia 2012: Apa Ramalan Selebriti Anak Jati Kelantan?

Final Piala Malaysia 2012: Apa Ramalan Selebriti Anak Jati Kelantan?

{[['']]}


Malam esok anda ke mana? Konsert? Atau ke stadium? Kalau anda ke stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan final Piala Malaysia Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebelum itu, rasa-rasa siapa yang akan julang piala, Kelantan atau ATM? Kawan kami kata, bola tu bulat, apa-apa pun boleh jadi. Apa-apa pun, deman pelawanan akhir kian hangat diperkatakan seluruh peminat sukan tanah air. Malah bahangnya turut dirasai dikalangan selebriti. Terutamanya, bagi para artis kelahiran Kelantan. MD sempat mendapatkan reaksi daripada beberapa artis anak jati 'negeri Cik Siti Wan Kembang' itu memperkatakan tentang pasukan negeri mereka, harapan mereka pada pasukan The Red Warriors dan apa ramalan mereka? 

.
Pekin Ibrahim (pelakon Bunohan)
 
"Seperti lazimnya, saya yakin stadium akan penuh dengan penyokong Kelantan. Sebab kalau di Kelantan, hiburan yang paling besar adalah bola. Jadi bila dapat masuk final ni, lagilah semuanya akan turun memberikan sokongan penuh. Bermain bola ni macam seni juga, jadi semangat dia tu pun lain macam jugak lah. Saya yakin pasukan Kelantan akan bermain dengan baik dan penuh semangat! Dengan adanya para pemain yang berkaliber, Kelantan pasti mempersembahkan satu corak permainan yang cukup mantap. Dan saya ramalkan yang Kelantan menang dengan jaringan 2-1".-
Pekin Ibrahim
 
.
 Misha Omar
 
"Saya yakin dengan ketangkasan para pemain pasukan Kelantan, mereka ada harapan perolehi kemenangan. Dengan kredibiliti yang dimiliki Khairul Fahmi, gawang gol pasukan Kelantan pasti sukar nak dibolosi pihak lawan. Saya rasa Kelantan menang dengan jaringan 2-1". -Misha Omar

  .
 Izzue Islam (pelakon Hantu Kapcai)
 
"Pada saya kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Susah nak ramal siapa yang menang. Tapi apa yang penting kena ingat, menang atau kalah itu adat permainan. Harapan saya mestilah berharap dan berdoa agar para pemain Kelantan pulang dengan kemenangan dan bawa balik piala Malaysia ke Kelantan. Aminnnnn... Gomo Kelate Gomo Kelate...!"
-   Izzue Islam  
 
.
 Fizo Omar

"Saya rasa perlawanan sangat sengit. Kedua-dua pasukan ada kekuatan masing-masing. Tapi pasukan Kelantan mepunyai kelebihan dengan adanya barisan pemain yang hebat. Saya ramalkan Kelantan menang dengan jaringan 1-0. Kalau tidak pun, kemenangan yang diperolehi Kelantan adalah kemenangan tipis iaitu menang dengan penalti".
-Fizo Omar


 
.
 Neelofa

"Lofa tak dapat tengok pelawanan tu sebab Lofa ada undangan majlis perkahwinan. Lofa harap pemain-pemain Kelantan dapat memberikan komitmen 100% dan jangan hampakan rakyat Kelantan yang sangat-sangat mengagungkan pasukan Kelantan. Lofa rasa banyak orang mempunyai pandangan yang sama dengan Lofa, yang mana Apex penjaga gol yang sangat bagus. Jadi Lofa ramalkan Kelantan menang 3-0. Jahat tak Lofa, bagi 3-0 (gelak). Gomo Kelate gomo!". -
Neelofa


- mD
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger