Latest Post :
Home » , , , » Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka?

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka?

{[['']]}
 Najwa Latif



KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi remaja popular, Najwa Latif mengakui anak-anaknya iaitu Najwa Latif dan Ika Latif sudah menderhaka kepada dirinya.

Menurut kata-kata Abdul Latif yang dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Abdul Latif memberitahu hubungan mereka menjadi terlalu dingin sejak Najwa bergiat dalam dunia seni hiburan.

Justeru, Abdul Latif memohon agar anak-anaknya memohon maaf kepada dirinya sebelum dia menutup mata.

Tindakan Abdul Latif yang secara tiba-tiba megeluarkan kenyataan sedemikian menimbulkan cakap orang ramai yang dia mahukan populariti dari anak-anaknya.

Namun, Abdul Latif menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan tujuan dia mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana ingin menegur kesilapan anak-anaknya.

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian,” kata Abdul Latif.

Abdul latif telah bercerai dengan ibu kepada Najwa pada tahun 2008.

Hubungan mereka menjadi keruh sejak tahun 2011 apabila Abdul Latif menegur kesilapan anak-anaknya sendiri yang tidak berdisiplin.

Sebelum ini, keluarga Najwa mengeluarkan kenyataan hubungan dingin antara mereka dengan bapanya adalah kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, Abdul Latif menafikan dakwaan itu.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 apabila saya menegur sikap mereka yang saya rasakan tidak betul. Salahkan tindakan saya sebagai bapa menegur anak?

“Mereka kata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga. Saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi berhubung masalah displin anak,” katanya.

Selain itu, Abdul Latif turut menyatakan rasa terkilan kerana anak-anak langsung tidak menziarahi dirinya sewaktu dia ingin berangkat menunaikan haji tahun lepas.

Malah, kepulangannya dari menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah juga tidak disambut.


Najwa Latif bersama kakanya Ika Latif.

Komen Najwa Latif melalui Twitter dan Facebook miliknya.

Susulan dari dakwaan yang dikeluarkan oleh ayahnya, Abdul Latif, kakak dan juga pengurus kepada Najwa Latif, Ika Latif menegaskan masalah keluarga yang timbul dalam kehidupan mereka lebih baik tidak diperbesarkan.

Ketika dihubungi Mynewshub.my, Ika memaklumkan mereka adik-beradik dan ibunya serta ayahnya sendiri mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Kata Ika Latif, cukup hanya mereka sahaja yang tahu dan tidak perlu dihebahkan kepada umum melalui media.

“Sebenarnya, ini hal keluarga. Hal keluarga, biarlah keluarga kami sahaja yang tahu, saya rasa tidak perlu dihebohkan ke dalam surat khabar atau apa cara pun,” kata Ika Latif.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bapanya yang mengatakan mereka sudah menderhaka kepada dirinya, Ika juga enggan isu itu dibesarkan.

Ika memberitahu hak untuk bersuara adalah terbuka kepada semua orang termasuk ayahnya.

Namun, Ika enggan hak bersuara itu digunakan dalam menyelesaikan atau bercerita masalah peribadi dalam keluarganya kepada umum.

“Macam ni, ayah ada hak untuk bersuara. Najwa juga ada hak untuk bersuara, saya dan adik-adik yang lain juga ada hak untuk bersuara.

“Tapi, masalah keluarga kami tak rasa perlu digembar-gemburkan dan Najwa sendiri tak mahu hebohkan tentang hal ini. Jadi, jalan yang terbaik adalah kami berdiam diri,” katanya.

Ujar Ika Latif lagi, tindakan berdiam diri yang mereka ambil untuk menangani masalah dari kenyataan ayahnya sendiri bukanlah bermakna mereka tidak mahu mempertahankan diri sendiri.

Namun, berdiam diri bagi Ika Latif dilihat sebagai untuk menjaga hati dan perasaan ramai pihak termasuk ibu dan juga ayahnya.

“Apa yang boleh saya katakan, ayah tahu, mak saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu apa yang berlaku. Itu sudah cukup. Hal keluarga, siapa yang suka diperbesarkan.

“Bukan berdiam diri itu maksudnya kami tak nak ‘defend’ diri kami, tapi, tindakan itu adalah untuk menjaga perasaan semua pihak termasuk mak saya, ayah saya dan ramai lagi,” terang Ika.

Kata Ika lagi, Najwa menceburi dalam industri seni hiburan bukanlah untuk menceritakan hal keluarga atau masalah yang timbul kepada umum.

Justeru, dia tidak mahu tujuan Najwa menjadi artis disalah ertikan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah mereka sendiri.

“Najwa masuk industri adalah untuk kembangkan bakat nyanyiannya, nak cipta lagu untuk orang ramai dengar dan bukanlah hebohkan hal keluarga. Jadi, saya harapkan orang ramai hormati keputusan kami untuk berdiam diri.

“Sekali lagi saya tegaskan, cukuplah mak saya tahu, ayah saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu,” kata Ika memohon maaf tidak mahu isu itu dibesarkan lagi.

Hari ini, Abdul Latif mengeluarkan kenyataan mendakwa anak-anaknya, termasuk Najwa Latif sudah derhaka kepada dirinya.

Abdul Latif berkata, dirinya langsung tidak dihiraukan anak-anak sejak tahun 2011 selepas dia menegur kesilapan dan disiplin anak-anaknya.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger