Latest Post :
Home » , , , » Pengacara Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Lama

Pengacara Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Lama

{[['']]}
ZAKIAH dan Raja Shahrul pada majlis pernikahan mereka di Petaling Jaya semalam.

Petaling Jaya: Pengacara wanita, Zakiah Anas dilaporkan telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Menerusi blog tulisan Mazidul Akmal Sidek, beberapa keping gambar Zakiah sewaktu majlis akad nikah itu berlangsung dipaparkan untuk tontonan pembaca blognya.

Zakiah telah selamat dinikahkan berwalikan abangnya, Mohd Adnan Anas dengan mas kahwin sebanyak RM13,500 tunai.

Bercerita mengenai detik perkenalan antara mereka, Zakiah memberitahu Azmi adalah merupakan kenalan lama sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dahulu.

Selepas itu, mereka ada berkawan sekejap dan kemudiannya persahabatan mereka terputus kerana sukar untuk menghubungi antara satu sama lain.

“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM.

“Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun,” kata Zakiah.

Zakiah memberitahu Azmi telah melamarnya pada bulan Ramadhan lalu dengan disaksikan oleh ibu Azmi sendiri.

Melihatkan kesungguhan Azmi, Zakiah bersedia untuk menjadi isteri kepada Azmi.

“Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong,” katanya.

Selepas selamat diijab kabulkan, Zakiah dijadualkan akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Januari tahun hadapan.

Turut hadir di majlis pernikahannya selain saudara-mara dan rakan selebriti adalah ibunya, Enon Puteh Lan, 83.









Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger