Latest Post :
Home » , , , » Sharifah Zarina Fobia Selepas Ditangkap Khalwat

Sharifah Zarina Fobia Selepas Ditangkap Khalwat

{[['']]}
Sharifah Zarina


KUALA LUMPUR – Ditangkap khalwat bersama suami yang mempunyai ikatan yang sah bukan satu perkara yang lucu buat penyanyi, Sharifah Zarina, 31, malah pengalaman diserbu oleh jabatan pencegah maksiat pada pertengahan tahun ini telah membuatkan dirinya kini berasa fobia.

Sharifah Zarina yang popular dengan lagu Langit Ketujuh itu berkata sehingga kini dia masih fobia untuk menginap di hotel bersama suami secara berdua kerana khuatir perkara yang sama akan berlaku lagi.

“Terus-terang, sehingga kini saya masih lagi fobia bila teringat pengalaman diserbu oleh 6 orang daripada badan pencegah maksiat ketika saya dan suami sedang tidur di dalam bilik hotel.

“Biarpun saya bersama dengan suami saya sendiri tetapi perasaan saya ketika diserbu itu sangat takut dan malu hingga kini. Bayangkanlah, saya tidak sempat untuk diberi peluang menukar baju tidur ketika itu tetapi mereka sudah menolak pintu bilik kami.

“Sejak daripada kejadian, saya fobia untuk menginap di hotel berdua bersama suami walaupun saya terlibat dengan show yang selesai lewat malam. Bukan apa, saya jadi takut benda yang sama berlaku,” katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran buku Jalan-Jalan Cari Makan di Hotel Sheraton, petang semalam.

Sharifah Zarina sudah pun berkahwin sejak 10 tahun lalu dan dia telah dikurniakan 3 orang anak yang berusia daripada 3 hingga 9 tahun.

Dalam kejadian tersebut, Sharifah Zarina dan suami gagal menunjukkan bukti yang mereka sudah berkahwin kerana tidak membawa sijil kahwin bersama-sama. Walau bagaimana pun mereka berjaya meyakinkan pihak berkuasa mengenai status mereka menerusi foto bersama anaknya yang berada di dalam simpanan tablet android (Samsung Galaxy Tab) peribadinya

Namun selepas tragedi itu, Sharifah Zarina memberitahu dia sering membawa ke mana sahaja salinan sijil perkahwinannya bersama.

“Saya memang dah serik dan tidak mahu tinggal sijil kahwin lagi. Selepas kejadian saya terus membuat salinan untuk sijil kahwin kami dan membawanya ke mana sahaja,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru, Zarina yang baru muncul dengan single Memandang Awan itu bakal melancarkan muzik video untuk lagu tersebut tidak lama lagi.-Murai
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger