Latest Post :
Home » , , , » Siti Nurhaliza Batal Konsert,Datuk K Terbabit Kemalangan Motosikal

Siti Nurhaliza Batal Konsert,Datuk K Terbabit Kemalangan Motosikal

{[['']]}
 Siti Nurhaliza bersama Datuk K.


KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, terpaksa membatalkan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya berlangsung di Banjarmasin, Jakarta, Indonesia, hari ini, selepas suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terbabit dengan kemalangan, di Queensland, New Zealand, tengah hari semalam.


Siti menerusi akaun twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam...maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua ‘team’ konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” katanya.

Menurut kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa, Siti ketika dihubungi terkejut apabila perkara itu dimaklumkan kepadanya.

“Dia meminta saya membeli tiket penerbangan ke New Zealand dan akan berbincang dengan pihak penganjur untuk membatalkan Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Jakarta,” katanya.

Siti dan seorang rakan berangkat ke New Zealand jam 9 pagi tadi.


Gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun lepas.


Zaitun berkata, kemalangan itu berlaku ketika Datuk K menunggang motosikal kuasa besar menyebabkannya patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

“Datuk K berada sejak beberapa hari lalu kerana mempunyai urusan perniagaan dan beliau bersama rakan lain menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keluarganya bersyukur kerana dimaklumkan keadaan Datuk K yang stabil. 




Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.

Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.




Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger