Latest Post :
Home » , , , » Liyana Jasmay Tolak Semua Penaja Untuk Majlis Perkahwinannya

Liyana Jasmay Tolak Semua Penaja Untuk Majlis Perkahwinannya

{[['']]}
Gambar majlis pertunangan Liyana Jasmay dan  Fathuddin Mazlan.



 
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang bertubuh genit, Liyana Jasmay lebih selesa menguruskan persiapan majlis perkahwinannya dengan tunang, Fathuddin Mazlan sendiri tanpa menggunakan sebarang khidmat tajaan.

Liyana yang sebelum ini berada di New York kerana menyambung pelajaran pastinya mempunyai masa yang singkat untuk menyiapkan persiapan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari tahun hadapan.

Namun, kekangan masa tidak membuatkan pelakon itu cepat melatah.

Justeru, dia mengakui menerima banyak tajaan untuk menaja majlisnya itu nanti tetapi dia mahu merasai istimewa setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelangsungan majlis bahagianya itu nanti.

“Saya bukan tidak mahu ditaja tetapi untuk hari perkahwinan, rasanya ia jadi lebih manis jika memori itu disimpan dan hanya dimiliki oleh saya.

“Jika saya menerima tajaan contohnya untuk video dan gambar, pihak yang menaja juga berhak ke atasnya. Saya rasa kurang special kalau macam tu,” kata Liyana yang dipetik dari laporan portal Murai.com.

Liyana juga bersyukur kerana usaha dalam menyiapkan persiapan perkahwinannya banyak dibantu oleh ahli keluarganya.

Malah, setiap keinginan yang dia mahu terapkan dalam perkahwinannya juga diketahui oleh keluarga Liyana.

Jadi, tidak timbul rasa bersalah menolak setiap tajaan yang diterima.

“Perkahwinan saya adalah semua tentang diri saya. Syukurlah saya mempunyai ahli keluarga yang sangat mengambil berat dari semua segi dan tahu semua keinginan saya. Jadi saya tidak perlu risau atau terlalu berfikir mengenai kelancaran hari tersebut,” katanya.

Adat untuk setiap perempuan ingin tampil cantik di hari bahagia, Liyana ketika ini sudah pun menjaga penampilan dirinya.

Liyana ketika ini menitikberatkan soal kesihatan selain menjaga pemakannya supaya kesihatannya tidak terganggu.

“Baru 10 hari saya balik ke Malaysia dan cuba untuk betul-betul berehat. Cuaca pun tidak menentu dengan hujan dan sebagainya, takut nanti senang jatuh sakit. Kalau boleh saya mahukan semua persiapan berjalan lancar dalam waktu yang agak terhad ini.

“Pasang badan sikit-sikitlah. Saya mahu kelihatan cantik dan berseri di hari perkahwinan, jadi kena berkorban sikit. Jaga makan dan tidak mahu berpanas sangat takut nanti kulit dan muka tak berseri!,” beritahu Liyana.


Oleh: NAIMAH SHAARI
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger