Latest Post :
Home » , , , , » Kesian!! 8 Tahun Kak Engku Tidur Di Tempat Parking Kereta

Kesian!! 8 Tahun Kak Engku Tidur Di Tempat Parking Kereta

{[['']]}



Pengacara juga penyampai radio, Raja Azura atau Kak Engku memberitahu ada ketikanya dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dia terpaksa tidur di dalam kereta di tempat letak kereta bagi memastikan dia tidak terlewat untuk ke tempat tugasan seterusnya.

"Kadang-kadang tu kalau sibuk sangat sampai saya tidur dalam kereta kat parking. Perkara tu dah jadi satu kebiasaan. Lagi-lagi kalau saya mengacarakan ABP, habis jer kerja saya drive turun dari Genting terus pergi konti, sementara nak tunggu masuk kerja tu saya tidur kat parking. Lapan tahun saya buat macam tu", kata penyampai radio Sinar FM ini kepada malaysiandigest.com.

Ibu tunggal tiga cahaya mata ini iaitu iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9 dan Puteri Mkia Maizurah, 6, juga mengakui disebabkan berkejaran ke sana sini dek jadual yang padat beliau pernah terlupa hendak meninggalkan wang belanja untuk anaknya.

"Kasihan kat anak-anak. Pernah satu ketika tu disebabkan sibuk sangat, lupa nak tinggalkan belanja sekolah kat diorang. Saya balik dah lewat, terus cuci muka lepas tu surat terjatuh dari kain lap muka. Tengok-tengok anak tulis , mama esok jangan lupa nak bagi duit sekolah... ", kata pengacara Primadona ni sambil tergelak kecil.

Dalam pada itu mengenai perkembangan terbaru Kak Engku bakal mengacarakan program Kilauan Emas musim baru bermula Mac depan. Selain dia juga merupakan salah seorang Sifu bagi program Bintang Mencari Bintang (BMB).


Cari Pelawak Wanita
Bercakap mengenai BMB, Kak Engku mengakui ia merupakan tugas berat kerana beliau perlu mendidik seorang pelapis baru yang saya mahu suatu hari nanti bukan sahaja boleh buat lawak dan menyanyi tetapi juga berlakon dan mengacara. Apapun dia akan mencuba sedaya upaya mencurahkan album dan berkongsi pengalaman yang dimilikinya selama 28 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 1993 ini juga berkata, beliau sebolehnya mahu mencari peserta wanita yang boleh berlawak dan menyanyi.

"Apabila saya diminta menjadi salah seorang “sifu” ini, saya teruja kerana saya benar-benar mahu melihat lebih ramai wanita menjadi pelawak. Saya percaya diluar sana ada ramai wanita yang mempunyai kriteria yang dicari.

"Zaman kehebatan pelawak wanita seperti Yusni Jaafar, Norlia Ghani, Kartina Aziz dan beberapa nama besar lain perlu dibangkitkan semula.

"Malah saya mahu individu itu nanti bukan sahaja berbakat tetapi mampu bertahan dalam jangka masa panjang di dalam industri," katanya.

- mD
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger