{[['']]}
PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.
Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, bayi seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.
"Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik. Ning sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi ini (Khamis)," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.
Bagaimanapun katanya, Ning hanya akan berkongsi gambar anaknya itu dengan peminat dalam masa dua minggu lagi.
Turut berada di sisi Ning semasa beliau bersalin ialah ahli keluarganya dan juga suami.
Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, berkahwin pada 31 Januari 2008.
Post a Comment